PROMOSI



TERBARU

Wednesday, February 2, 2022

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Deskripsi ebook "Bukan  Kerana Aku Tak Cinta"

-Mini Ebook 

- Penulis: Sophilea

- 300 muka surat

- PDF File

- Tinta Global 


Teaser

BUKAN AKU TAK CINTA

“Hari tu masa first time saya jumpa awak, dengan kot dengan  tali leher.”

Idham batuk sikit.

“Oh hari tu ada meeting department kenalah pakai segak-segak kan.”

“Saya dah habis makan saya nak tengok fail-fail sekejap. Awak pergilah buat kerja.”

Idham angguk. Sampah bekas makanan di buang Dalam tong sampah. 

Bila sahaja Nadhia tak nampak dia terus menyelinap masuk ke biliknya. Dalam ruangan biliknya ada meja kerja Sakina. Kemudian ada satu lagi pintu

ke bilik peribadinya. Bilik kerjanya.

“Bos ni kenapa? Macam lari dari hantu? Dah lah pakai macam ini.”

Idham senyum.

“Saya Dalam penyamaran. Dulu saya nak jadi spy tapi mama saya tak bagi.”

Sakina ketawa. Jarang nak serius big bos seorang ni. 

“Kina awak tolong cek cawangan kl. Nama Muhamad Esfan. Bagi saya butiran tentang dia.”

Sakina angguk.

“Kejap lagi saya minta dekat HR. bos  ada meeting hari ini dengan Lumut Port pasal barang kita yang sangkut kat Pelabuhan.”

“Kalau saya tak pergi Lumut boleh tak? Rasa macam tak sihat lah.”

“Bos jangan nak tipu saya tau. Bos ingat saya tak tahu bos tak nak pergi Lumut tu sebab bos tak nak tinggal nadhia tu kan.”

Tengku Idham tarik kerusi dan duduk di hadapan Sakina.

“Pandai awak baca fikiran saya.”

“By the way siapa Nadhia tu bos?”

Tengku Idham jungkit bahu. 

“Bidadari dari langit.”

Sakina ketawa. Seketika dengar pintu bilik di ketuk.

“Siapa? Jerit Sakina.

“Maaf Cik Sakina saya ni nadhia.”

Sakina dan Tengku idham sama-sama memandang. 

“Nadhia…” Bisik Sakina perlahan.

“Kejap saya menyorok dulu.”

Kalut Idham menyorok belakang langsir.

“Masuk Nadhia.”

Nadhia buka pintu dan masuk.

“Yes ada apa?”

“Maaf Cik Sakina tadi saya dah ke HR tapi pihak HR kata dia orang belum terima surat dari pihak atasan untuk gaji saya.”

“Oh okey tak apa kejap lagi saya fax kan pada bahagian HR.”

“Terima kasih Cik Sakina, saya keluar dulu.”

Sebaik sahaja Nadhia keluar, Idham tarik nafas lega.

“Kina kenapa tak bagi lagi surat pada HR?”

Sakina sengih.

“Alah sorrylah bos semua mendadak. Ada lah saya lupa. Kejap lagi saya bagi. Yang bos ni sampai bila nak sembunyi macam ni?”

Idham senyum.

“Kina Lumut tu esok kan?”

Sakina angguk.

“Tapi kena pergi hari ini.”

“Em nak minta tolong boleh?”

Idham pandang Sakina.

“Tolong apa bos? Bila bos tengok saya macam tu saya jadi takut tau.”

Idham ketawa.

“Saya nak minta tolong”


Cara pembelian klik sini.


https://tintaglobal.onpay.my/order/form/batc



No comments:

Post a Comment