Sinopsis
Saat dia dan
anggota TLDM lain berlari di persisiran pantai ke Teluk Batik, Leftenan
Komander Anuar Syukri terlanggar Hamna Suhaili yang sedang menjemur ikan masin.
Panahan cinta pertama barangkali terus langkah Anuar terkedu disitu. Sedangkan
Hamna jatuh dan terluka.
"Encik tak tahu cara nak minta maaf ke? Tak
tak tahu nak hormat kan orang."
Anuar cuma pandang Hamna yang terluka dan cuba
berdiri.
Sejak itu Anuar sering menjadi tetamu di gerai
tepi jalan milik Hamna. Tidak tahu cara memikat dia cuma menyakitkan hati
Hamna. Datangnya pula pasti berdua dengan Petty Officer Zikri Hadith. Dengan
Zikri mudah benar Hamna tersenyum. Semakin buatkan Anuar sakit hati.
“Maaf encik gerai dah tutup.”
“Saya nak beli awak.”
“Saya nak beli awak, boleh ke?”
“Banyak duit awak nak beli saya?” “Berapa?”
“Awak baliklah Tuan Anuar Syukri. Sekalipun awak
boleh bayar, diri saya tak ada harga yang boleh diletakkan. “
Anuar tidak pernah beralah. Dia ke pondok Hamna
walau malam dan dalam hujan lebat. Curi-curi pandang anak pak cik Yusof ini.
Bila Hamna sejuk dia berikan jaket yang dia pakai. Tak terusikkah hati Hamna?
Namun bila dia selalu kalah melepaskan Hamna pada
Zikri, bagaimana pula perasaan Hamna.
"Tolong jaga dia untuk saya Zikri. Saya cuma
harapkan awak untuk jaga Hamna saya."
Zikri tahu kasih Hamna juga ada pada Anuar
walaupun hatinya juga sudah terusik dengan cinta Hamna.
"Tuan jangan risau selagi saya ada Syazman
tak akan apa-apakan Hamna." Itu janjinya pada pegawai atasannya itu.
"Cakap tak rindu habis tu kenapa ada dekat jeti
Armada ini?" Bila dia pandang Hamna yang menantinya dari atas kapal
perasaanhya sukar diungkap.
"Kalau awak tak rindukan saya , tak apa. Tapi
saya rindukan awak. Saya rindukan awak separuh mati atas kapal tu, Hamna
Suhaili."
Puas ditolak perasaan yang ada kerana berbeza
status. Siapalah dia yang cuma anak nelayan dan tinggal di pondok tepi pantai
untuk berganding dengan Leftenan Komander Anuar Syukri? Bezanya bagai langit
dan bumi.
"Hamna tetap cantik dimata saya. Saya tak
mampu untuk lepaskan Hamna dari hati saya."
Mampukah gelombang Samudera menenggelamkan cinta
mereka. Mampukah Hamna menyintai seorang lelaki sehebat Anuar Syukri.
'Cinta Saya seluas Samudera biru, Hamna. Jangan
cuba diuji kalau geloranya pun saya tak pernah takut.
Link:
http://tintaglobal.onpay.my/order/form/cssb
No comments:
Post a Comment