PROMOSI



TERBARU

Sunday, August 15, 2021

My Pa, My Husband



My PA, My Husband 


Sinopsis

REZA MIKAIL/ ZARA EMELDA

Dia, Zara Emelda seorang usahawan berjaya yang masih belum bertemu jodoh. Mak ayah di kampung jangan ceritalah selang dua hari bertanya soal calon suami sampai Zara naik bosan. Belum lagi sahabat baiknya Laily yang sering aturkan blind datenya dengan  lelaki-lelaki yang tidak dia berkenan langsung.  Ada juga yang psiko macam Haikal itu kejar dia sampai Zara kemalangan.


Diselamatkan Reza Mikail yang kebetulan berada berhampiran buatkan Zara terhutang budi.


Awak pun tengah cari kerja kan? Saya nak awak kerja dengan saya tapi semua posisi dah penuh kalau awak tak kisah sebagai personal assistant saya?

Reza Mikail cuma angguk. Dari artkitek kepada PA boleh ke dia.


        "Reza, appointment saya  jam 12. Kenapa pukul 8 awak dah call saya? Saya mengantuk awak tahu tak?" - Zara Imelda


        "Lebih awal. Rezeki lebih lagi lagi cik Zara."


Satu hari Zara terima berita ayah dia kena serangan jantung. Haji Hamdan sempat pesan kalau dia nak Zara bawa balik calon sebelum matanya tertutup. Jalan apa yang Zara ada  selain minta pertolongan Reza.

Lakonan sahaja tolong berlakon jadi calon suami saya.


"Kalau betul pun apa salahnya kecik tapak tangan Stadium Bukit Jalil saya tadahkan. Tak salah Cik Zara kalau kita tukarkan lakonan ini kepada realiti. Hati saya pun dah lama berdegup kencang setiap kali pandang wajah Cik Zara" - Reza Mikail.


Dari lakonan ada nada dan getaran yang bermain di hati.

        "Cik Zara hati-hati kalau Cik Zara terluka saya yang rasa sakitnya. Saya tak akan biarkan nyamuk pun gigit cik Zara."

"Reza… jangan nak sweet sangat, boleh. Kita Cuma berlakon je."

"Apa salahnya kita tukar lakonan ini kepada drama realiti. Lagipun ujian yang Haji Hamdan bagi semua saya dah lulus."

Zara terdiam. Cuma mata bertentang

Bukan mudah Reza untuk awak memiliki cinta saya.

Tapi hati saya dah terpaut.

Satu saat bila siapa Reza terbongkar, Zara bawa diri merajuk sendiri. 


"Boleh saya tukarkan personal Assistant kepada imam cik Zara yang sah?" - Reza Mikhael.

Begitulah bila dua hati bertemu tanpa sengaja ada cinta yang mula terbang bak rama-rama.






Pembelian boleh dibuat melalui 




 

No comments:

Post a Comment