PROMOSI



TERBARU

Saturday, May 29, 2021

Siri Lockdown Hati Dia

Karya yang tidak lapuk dek Hujan. Jom Baca.

Buku ini ditulis oleh Novelis Sophilea sejak Lockdown bulan Mac tahun 2020. 


Sinopsis



📘Misi Lockdown Hati Dia

Inspektor Ilya Hani dan Mejar Aazief Azman, mereka baru bernikah. Bertemu kerana hubungan keluarga. Sehari selepas bernikah masing-masing di panggil bertugas. Tidak sempat mahu bermesra atau mengenali antara satu sama lain. Ajaibnya Allah temukan mereka di kawasan tugasan yang sama. Sama-sama berbakti pada negara meski inai masih merah di jari. Berdiri di tengah hujan panas demi keselamatan negara. Cinta mereka berputik di situ. Demi negara kasih mereka kian mekar. Boleh pandang-pandang tak boleh dekat kan ada jarak sosial. Malu-malu.

“Saya kena balik kem berat nak tinggalkan Puan Ilya di sini, jaga diri jaga social distancing takut nanti ada virus lain yang menyinggah.”

Ilya malu-malu.

“Virus apa?”

“Virus cinta. Nanti tak tenang saya di kem.”

Mesra mereka terbatas dengan tugas namun cinta mereka tetap mekar.

Benarlah cinta itu hadir tatkala hati berbunga kasih. Saat dugaan menjelma Aazief tetap sahaja berdiri bersama Ilya.

“Saya sayang Ilya sampai hujung nyawa.”

Boleh baca sedutan buku hingga bab 3. Klik sini.

http://bit.ly/PromoLockDown1

http://bit.ly/PromoLockDown1

http://bit.ly/PromoLockDown1



📕Lockdown Hati Dia 2.0

“Ambil darah saja ya takut nanti cik ter ambil hati saya.”

Staff Nurse Dahlia Rizwani cuma tersenyum pertama kali bertemu fire superitendent Hijazz Ahadiat semasa program derma darah.

 Pertama kali bersua wajah, ada rasa mula mengetuk hati Hijazz. Namun pertemuan itu hanya sampai di situ. 

Dahlia Rizwani, hatinya terluka bila sepupu sendiri curang bersama tunang nya. Meski pun puas di rayu da di pujuk namun dia nekad meninggalkan Reza Adhan.

Kebetulan itu manis bila ia pertemukan kembali Dahlia dan Hijazz lagi dalam tiga cara berbeza. Diari Dahlia yang terjatuh di kawasan kebakaran di simpan rapi dalam laci meja kerja Hijazz menanti waktu untuk di pulangkan kembali.

Pertemuan ketiga di hospital ketika Dahlia bertugas. Diari hitam milik Dahlia di letakkan di atas kaunter. Cuma senyuman pengganti bicara.

Hijazz di sah kan positif covid 19 bila dia mempunyai kontak rapat dengan suspek yang mahu terjun dari bangunan. Di masukkan ke hospital tempat Dahlia bertugas.

“Cik Dahlia boleh tolong saya?”

“Tolong apa?”

“Padamkan api dalam hati saya.”

Dahlia cuma ketawa dengan gurauan Hijazz Ahadiat.

“Encik kan pegawai bomba padam lah sendiri.”

“Lebih afdal kalau cik Dahlia yang padam kan.”

Sebelum keluar hospital Hijazz tinggalkan satu nota. Dia dah jatuh cinta pada staff nurse Dahlia Rizwani.

Tanpa di rencana mereka bernikah di pejabat agama. Seorang beruniform bomba seorang memakai uniform jururawat.

“Dah kahwin pun social distancing kena jaga..kamu berdua ni dua-dua frontliner.” Gurauan Tuan Kadi di balas dengan senyuman.

Kisah cinta bermula selepas nikah namun kekangan tugas memaksa mereka sering berjauhan. Cuma panggilan video menjadi penghubung. Kehadiran kembali Reza Adhan dan kebencian Marlini rakan sekerja Dahlia buatkan Dahlia terperangkap dalam rencana mereka berdua.

Cinta dua frontliner mula goyah apatah lagi Dahlia hampir tewas kerana covid 19.

Hijazz tetap setia menanti. 

Cinta itu rumit namun bila dirungkai manis nya hingga ke syurga.

Boleh baca sedutan buku hingga bab 2. Klik sini.

http://bit.ly/PromoLockDown2

http://bit.ly/PromoLockDown2

http://bit.ly/PromoLockDown2


Boleh dapatkan di 

SHOPEE ---> http://bit.ly/ShopeeSiriLockdown

ADMIN ---> wassap.my/60135813186

STOK TERHAD.

No comments:

Post a Comment