PROMOSI



TERBARU

Sunday, May 23, 2021

Kombo Duo Blue Lagoon




Sudah lama Admin tak update novel Sophilea.

Kali ini Admin nak promo secara besar-besaran sebab novel Sophilea memang tidak pernah mengecewakan. Ini adalah novel beliau yang ke 44  dan  45.

Untuk promosi ini kita ada FREE Non Woven BAG yang ada signature Sophilea.  


Jom baca teaser 
"Tujuh Nama Cinta"


Hayla cuma berdiri memerhatikan seorang lelaki bernama Harris Danial yang sedang berikan arahan pada pekerjanya di ladang kopi ini. Dari tadi dia cuba bercakap tapi Harris macam tak peduli langsung kehadirannya. Sudahlah awan kat atas langit itu mendung. Bila-bila sahaja hujan akan hamburkan rintiknya ke bumi.

“Saya Hayla. Hayla Sofea! Boleh tak awak berikan saya masa sekejap untuk bercakap!” Suara Hayla yang kuat buatkan semua mata memandang.

“Ya saya tahu awak Hayla. Sekejap saya sedang buat kerja. Tunggu saya di pondok sana tu.”

Sakitnya hati Hayla. Sudahlah dia datang dari jauh konon nak jumpa dengan ‘bakal suami’ tapi di layan acuh tak acuh sahaja.

“Saya tak datang sini untuk duduk di bawah pondok tu. Saya nak jumpa bakal suami saya. Bakal suami yang kononnya sangat sempurna. Bakal suami yang kononnya adalah lelaki terbaik. Jadi boleh berikan saya masa sekarang?”

Hayla melangkah dekat dengan Harris yang masih berdiri.

Harris pandang Hayla sekilas. Dia tahu pekerjanya kenal siapa wanita ini. Hayla Sofea pelakon hebat yang sedang meningkat naik.

“Okey tapi kita cakap dekat pondok. Lagipun hari nak hujan ni. Nanti basah, demam saya yang yang kena jawab nanti.”

Hayla melangkah kasar ke pondok. Langkahnya diekori Harris Danial.




Untuk mendapatkan novel ini boleh klik di sini.



Jom baca teaser untuk 
"My Pa, My Husband" 
yang boleh tahan best juga.


Zara terjaga bila telefon bimbitnya tak henti berbunyi. Dengan malas butang hijau di tekan.

“Yez Reza.”

“Cik Zara tak solat subuh ke?”

Zara tersentak. Ada pula Reza ini tanya macam itu. Takkan pula dia nak bagitahu dia sedang bercuti.

“Awak tak payah sibuk boleh? Pukul lapan pagi awak call saya ini kenapa? Saya mengantuk, Reza."

“Saya menegur sebagai saudara seagama Cik Zara. Solat tu tiang agama. Tak ada tiang runtuh rumah kita tau.”

Zara makin sakit hati tapi kenapa dia tak boleh nak marah personal assistant Reza Mikail ini.

“Reza, saya ini tahu lagi tugas dan tanggungjawab saya sebagai orang islam. Tapi sebagai wanita saya ada keistimewaan Allah bagi saya cuti. Dah jelas? So jangan banyak tanya lagi.”

Kalau lah Reza nampak wajah dia yang merah maca mudang kena bakar ini.

“Oh..kenapa tak cakap awal-awal kan senang.”

Kedengaran ketawa Reza di hujung talian.

“Awak call saya terus sembur macam-macam awak ingat saya sempat nak explain?”

“Sorry okey. Saya nak ingatkan cik Zara mesyuarat pukul dua belas. Jangan lambat. Kalau boleh sampai awal sikit untuk elakkan jem. “

“Awak call saya berpuluh kali ini sebab nak ingatkan empat jam lagi meeting tu?”

“Yelah takkan lagi lima minit nak pukul dua belas baru saya nak call. Dah bangun mandi lepas tu kemas rumah sikit-sikit. Belajar jadi wanita dan isteri ya Cik Zara. Bye.”

“Reza!”

Zara gigit bibir. Geram betyl tapi kenapa dia tak boleh nak marah Reza. Dia tak pernah suka di arah tapi dengan Reza dia menurut.




Untuk mendapatkan novel ini boleh klik di sini.

No comments:

Post a Comment