Bab 5
Seharian Zulaikha cuma termenung. Entah bagaimana dia
mahu berhadapan dengan Zahred. Entah bagaimana perasaannya pada Zahred saat
ini. Wajahnya diraup.
“Selamat
pagi, Zulaikha.” Rasul muncul di pintu bilik. Zulaikha cuba tersenyum meski
hatinya menangis.
‘Allah
pengorbanan apakah ini?’ Hatinya masih lagi merintih.
“Zulaikha
awak tak sihat?” Soal Rasul.
Hampir
terlupa Rasul masih berdiri di hujung meja.
“Maaf Tuan
Rasul, saya baik-baik sahaja. Cuma mungkin penat sedikit semalam saya lewat
balik. Ada apa Tuan cari saya?”
Rasul
tersenyum.
“Nak
jemput puteri 1001 malam ini untuk mesyuarat pagi ini.”
Zulaikha
tersenyum juga akhirnya. Rasul bisa sahaja mengukirkan senyuman dibibirnya.
Rasul Fadlan yang wataknya cukup berbeza dari Zahred Hadri. Manakan sama, mereka
dari dua jiwa yang berlainan.
“Saya
suka bila Zulaikha senyum. Bagaikan hilang semua masalah saya. Saya harap
setiap hari saya akan dapat melihat senyuman Zulaikha yang manis ini.”
Zulaikha
ketawa kecil. Hatinya menangis.
‘Esok
mungkin senyuman ini tak akan muncul lagi, Tuan Rasul Fadlan.’
“Terima
kasih Tuan Rasul. Jom kita ke bilik mesyuarat.” Zulaikha ambil beberapa fail
dan nota catatannya.
Rasul
ketawa menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik. Macam iklan Colgate di
kaca televisyen.
“Cantik
Zulaikha pagi ini.” Rasul masih memuji.
“Terima
kasih Tuan, meski saya tak layak untuk pujian itu.”
Rasul
ketawa. Pintu bilik mesyuarat dibuka mempersilakan Zulaikha masuk terlebih
dahulu.
“Terima
kasih.” Balas Zulaikha dan bibirnya menguntum senyuman manis. Di hujung meja,
Zahred memandang.
“Morning
Zahred.” Sapa Rasul. Kerusi di sebelah Zahred ditarik selepas mempersilakan
Zulaikha duduk di sebelahnya.
“Morning.
Mungkin jadi kebiasaan kut kalau bos terpaksa menunggu pekerjanya untuk
mesyuarat.” Mata Zahred tajam memandang Zulaikha. Zulaikha tunduk.
“Maaf
Tuan Zahred.”
“Hei… Aku
yang buatkan si cantik manis ni terlewat ke sini. Nak marah kau kena marah aku.
Bukan ratu 1001 malam ini.” Mata Rasul menjeling pada Zulaikha.
“Ratu
1001 malam?” Soal Zahred matanya masih melekap pada Zulaikha.
“Ya,
Zulaikha dengan mata birunya tak ubah macam permaisuri 1001 malam. Kan Zu?” Usikan
Rasul buatkan dia tak senang bila semua mata dalam bilik mesyuarat ini mula memandang.
Zulaikha
tak selesa bila Rasul memuji di hadapan pekerja terutama di hadapan Zahred
Hadri.
“Permaisuri
1001 malam? Sharzad?” Zahred pandang Zulaikha. Zulaikha mengeluh.
“Sharzad?
Permaisuri Sharzad yang selalu kita dengar dari datuk waktu kecil-kecil dulukan
Zahred. Yang menyintai Raja Shahriyar dan bercerita tentang kisah 1001 malam?”
Zahred
diam dan pandang Zulaikha.
“Boleh tak kalau kita teruskan perbincangan?
Saya ada banyak lagi urusan yang harus saya lakukan.” Pantas Zulaikha memintas
sebelum perbincangan 1001 malam akan pergi lebih jauh.
Zahred tersenyum sendiri.
‘Urusanmu
dengan aku, Zulaikha.’
“Okey,
jadi kita akan teruskan dengan laporan projek di Terengganu. Zulaikha, awak
akan pergi dengan saya nanti ke Terengganu.”
Zulaikha
pandang Rasul. Angguk dan tersenyum. Dia lebih rela ke Terengganu dengan Rasul
dari tinggal di sini dengan Zahred.
Tanpa
memandang keduanya Zahred bersuara.
“Bukan
kau kena uruskan projek di Cameron? Zulaikha awak akan pergi ke Terengganu dengan
saya.”
“Maaf
Tuan Zahred, saya tak dapat ikut tuan.” Zulaikha membantah. Zahred panas hati.
Rasanya mahu sahaja diheret tangan Zulaikha ke hotel sekarang. Biar wanita ini
tahu siapa yang berkuasa di sini.
Zahred
pandang Zulaikha. Tadi sewaktu Rasul suarakan yang Zulaikha akan ke Terengganu
bersama lelaki itu Zulaikha langsung tak membantah. Tapi bila dia… Zulaikha
terus menolak… Kenapa kau mahu tambahkan api kemarahan dalam hati aku, Zulaikha?
“Okey,
jangan serius sangat. Macam ni, Zulaikha bantu aku di Cameron dan kau dengan
Hanif ke Terengganu.”
Mata
Zahred masih memandang Zulaikha sehingga menyebabkan gadis itu berdebar.
“Keputusan
aku muktamad. Projek di Cameron Hanif lebih arif. Zulaikha, awak akan periksa
semua bahagian teknikal bangunan yang akan dibina nanti.”
Zulaikha
hanya mampu mengangguk.
“Tak
apa Zulaikha, lepas balik Terengganu kita ada lagi projek di Sabah. Saya akan bawa
Zulaikha melihat cantiknya pergunungan di sana.”
Zahred
menjeling. Zulaikha tersenyum tawar.
Tamat
perbincangan, Rasul keluar dulu. Zulaikha bangun usai mengemas semuanya.
“Pukul 7.00
malam suite 2010 Sheraton Imperial.”
Zahred
pura-pura memandang kertas. Langkah Zulaikha terhenti.
“Saya
mengerti.”
Zahred
bangun menghampiri Zulaikha.
“Saya
akan bawa duit awak sekali.”
Zulaikha
pejamkan matanya. Mahu menangis. Lantas kakinya terus diheret keluar.
Dia
menangis semahu-mahunya di bilik air.
‘Hukuman
apa ini ya Allah.’ Rintihnya sayu.
Sepanjang
hari ini dia mengelak dari bertemu Zahred. Ya, malam ini bakal mengubah
segalanya. Dia harap rencananya berjaya. Meski Zahred letakkan maruahnya di
hujung tapak kaki tapi dia akan kembalikan maruahnya sebagai seorang wanita.
‘Ya
Allah permudahkan aku.’
“Zulaikha,
nak ke mana?”
Seorang
lelaki berkerusi roda muncul di hadapan pintu bilik tatkala Zulaikha mengenakan
dress labuh merah hati yang diberikan Zahred petang tadi. Kotak yang diletakkan
diam-diam di atas meja Zulaikha. Kotak yang berisi sehelai dress merah hati dan
sepasang kasut tumit tinggi.
“Abah,
Zu nak keluar. Malam ini mungkin Zu tak balik. Abah jangan risau, Zu akan jaga
diri.”
Zulaikha
berlutut sambil mengusap lengan tua si ayah. Sejak dia bekerja, kedua ibu
bapanya dibawa tinggal di sementara di apartment yang sederhana besar ini.
Senang untuk ibunya mendapatkan rawatan susulan.
Tapi
dia tahu selesai urusan ibu di sini, keduanya akan kembali pulang ke kampung.
Itu permintaan Asiah.
“Zu, macam
mana dengan pembedahan mummy? Zu dah ada duit ke?” Zakaria pandang anak
tunggalnya ini. Zulaikha hampir sahaja mahu menangis.
“Abah, Zu
akan pastikan pembedahan hati mak akan dijalankan dalam jangka waktu yang
doktor berikan. Zu dah bersedia untuk berkongsi hati Zu dengan mak. Tentang kos
pembedahan, abah jangan risau Zu sedang usahakan. Abah...”
Kepalanya
direbahkan di paha Zakaria. Rambutnya diusap Zakaria penuh kasih sayang.
“Kalau
ditakdirkan Zu akan bernikah malam ini mahu ke abah jadi wali untuk Zu?” Entah
kenapa dia yakin untuk berbicara begitu.
“Kenapa
Zu? Zu nak kahwin ke?”
Zulaikha
geleng. Dia tak tahu bagaimana harus diterangkan.
“Zu,
kalau ditakdirkan Zu bernikah malam ini abah akan tetap walikan Zu. Maafkan
abah kerana abah tak mampu jadi ketua keluarga yang baik buat Zu dan mak. Abah
tak sihat. Abah tak berdaya untuk mencari rezeki buat keluarga kita.”
Zulaikha
menangis di riba Zakaria.
“Abah,
Zu tak pernah rasa susah pun… Apa yang Zu lakukan ini cumalah sezarah
pengorbanan seorang anak.”
Tubuh
Zakaria dipeluk dengan kasih sayang.
“Abah,
Zu pergi dulu.”
Zakaria
angguk. Zulaikha melangkah ke kamar ibunya yang terbaring lesu.
Dahi
wanita yang melahirkannya itu dicium.
“Mummy...
Doakan semoga Allah melindungi Zu.”
Zulaikha
kenakan heel Jessica Simpson yang juga diberikan oleh Zahred. Dia melangkah
keluar.
Hotel
Sheraton Imperial dijejak tatkala jam menunjukkan ke angka 7.00 malam. Sudah
ada yang menanti dan membawanya ke suite 2010 yang ditempah Zahred. Menggeletar
jemarinya saat loceng suite ditekan. Zahred muncul dengan kot hitam yang masih
tersarung ditubuh.
Zulaikha
masih kaku di pintu suite. Ruang kamar yang hanya diterangi cahaya lampu merah,
dua batang lilin di pasang di atas meja bulat dan kuntuman mawar menghiasi
cadar putih.
‘Zahred
merencana semua ini? Untuk apa? Untuk meraikan bulan madunya dengan Zulaikha?
Atau meraikan kemenangannya yang mampu menukarkan tubuh Zulaikha dengan wang
ringgit?’
“Masuk.”
Zulaikha
masuk berdiri di tengah antara meja dihiasi lilin dan peraduan yang diwarnai
mawar merah. Zahred malapkan lampu. Menghampiri Zulaikha. Berdiri dan memandang
Zulaikha dalam samar cahaya. Berdebar hatinya saat memandang wajah ayu milik
Zulaikha. Matanya menikam ke bibir Zulaikha yang dihiasi gincu berwarna merah
samar. Mahu sahaja bibirnya menyinggah di situ saat ini. Sungguh Zulaikha
benar-benar buatkan dia penasaran malam ini. Mahu sahaja diterkam tubuh itu.
Zulaikha
harus jadi miliknya bukan Rasul atau mana-mana lelaki lain.
Zulaikha
pejamkan matanya saat jemari Zahred singgah di bahu dan cuba meluruhkan zip
belakang dress satin yang menutupi tubuhnya. Lengan Zahred dipegang bagai tidak
membenarkan Zahred meneruskan niatnya.
Mata
Zahred mencari kornea Zulaikha dalam samar cahaya merah. Namun kelopaknya
tertutup rapat menyembunyikan anak mata biru milik gadis itu.
Bibir
Zahred menghampiri leher jinjangnya. Namun saat bibir Zahred hampir melekap di
leher, Zulaikha bersuara dalam linangan air mata.
“Nikahi
saya cuma untuk satu malam ini.”
Perbuatan
Zahred terhenti. Jemarinya masih di bahu Zulaikha. Air mata Zulaikha menuruni
pipi.
“Nikahi
saya untuk satu malam ini Tuan Zahred agar saya tak memikul dosa yang sangat
besar di sisi Tuhan.”
Tubuh
Zulaikha ditolak sehingga jatuh di katil. Zahred berjalan ke jendela. Langsir berwarna
putih ditarik kasar. Kot hitamnya sudah melayang entah kemana. Ya, Zulaikha
bisa sahaja membuatkan nafsunya menjadi raja. Dia tak akan lepaskan Zulaikha
malam ini. Tidak sesekali pada mana-mana lelaki lain sekalipun.
Wajah
kotaraya dengan neon yang menghiasi dipandang dari suite 2010 ini.
“Nikah?”
Soalnya. Sinis.
“Maafkan
saya Tuan Zahred. Saya cuma minta malam ini untuk menjadi isteri Tuan dan Tuan
boleh lakukan apa sahaja pada saya. Esok, Tuan boleh ceraikan saya. Saya merayu
belas ihsan Tuan.”
Dia
tahu dia bagaikan mempermainkan satu hukum Tuhan. Tapi jalan apa yang dia ada
saat ini. Dia tidak mahu bergelumang dengan dosa berzina.
Zahred
pandang Zulaikha yang menunduk di katil. Sungguh Zulaikha bagaikan seorang ratu
malam ini. Mana mungkin dia lepaskan sang ratu seperti Zulaikha apatah lagi
Zulaikha sudah mencuri hatinya saat pertama kali dia melihat gadis ini.
“Kenapa
perlu saya menikahi awak?”
Zulaikha
pandang Zahred. Ya, kalau bukan kerana Zahred yang akan membantunya untuk
menanggung kos pembedahan ibunya, dia tak akan menyerahkan dirinya pada Zahred.
“Isteri
hanya satu malam, Tuan. Saya tak akan minta hak saya selepas ini. Cukup hanya
satu malam ini. Tuan boleh lupakan saya untuk seribu satu malam lagi.”
“Cuma
satu malam... Awak tak akan menyesal Zulaikha?”
Zulaikha
geleng.
“Ya,
cuma satu malam dan esok tatkala mentari bangkit Tuan boleh ceraikan saya.”
Zulaikha
menunduk. Lengan baju kirinya sudah melurut jatuh ke lengan. Menampakkan
bahagian atas dadanya. Dada Zahred berdebar.
“Tolong
Tuan, saya merayu.”
Lama
Zahred diam.
“Kita
akan menikah tanpa apa-apa surat dan kenyataan yang tertera bukti pernikahan
kita. Cuma satu malam. Baiklah Zulaikha, saya menuruti permintaan awak.”
Zulaikha
tarik nafas panjang. Cek berjumlah seratus ribu dipandang dari atas katil.
“Ampuni
aku ya Allah. Mummy, demimu aku sanggup terima apa sahaja.”
Zahred sibuk
menelefon beberapa orang yang dikenalinya.
“Siapa
yang akan jadi wali?” Soalnya pada Zulaikha.
Zulaikha
capai telefon bimbit dari dalam beg tangannya.
“Assalamualaikum
abah.” Hatinya sebak. Zahred cuma memandang Zulaikha yang sedang berbicara dari
kerusi.
“Bagaimana?”
“Abah
saya akan wakilkan pada wali hakim. Asalkan memenuhi syarak dan pernikahan itu
sah untuk malam ini.”
Ya,
cuma untuk malam ini. Entah sindiket pernikahan mana yang Zahred ambil dia tak
mahu tahu. Entah siapa yang akan menjadi saksi dia sudah tidak peduli.
Lewat jam
11.00 malam Zahred dan Zulaikha dinikahkan seorang imam yang dibayar Zahred.
Zakaria muncul juga bila dia dibawa pak cik Zulaikha. Terkejut bila Zulaikha
menikah begini. Apa inikah yang anaknya katakan tadi.
Pelbagai
andaian bermain di minda tapi tak tergamak untuk bertanya saat memandang wajah
Zulaikha yang suram.
“Zu,
abah tak tahu kenapa Zu lakukan begini. Tapi abah tahu, abah dah bagi ilmu dan
pendidikan yang secukupnya pada Zu. Dan… Zu tak akan pernah melakukan sesuatu
yang salah. Abah kenal anak abah.”
Zulaikha
menangis. Selendang yang dibawa ayahnya kemari untuk majlis ini masih menutupi
kepala.
“Abah...
Zu minta abah percaya pada Zu. Satu hari nanti abah akan tahu kenapa Zu lakukan
ini. Pak cik, maafkan Zu.” Air mata Zulaikha mengalir laju lagi. Zahred? Cuma
berdiri di hujung jendela.
“Zu,
apa yang Zu buat ini tak betul. Kita ada undang-undang. Setiap pernikahan itu
harus ada hitam putihnya. Perlu didaftarkan supaya tidak timbul isu lain nanti.
Bukan begini caranya Zu.”
“Pak
cik, Zu tahu. Tapi asalkan sah dan halal di sisi Allah itu sudah cukup buat Zu.
Abah dah tunaikan tanggungjawab dia sebagai wali untuk Zu dan pak cik jadi
saksi pernikahan ini.”
Dari
saat abah dan pak ciknya sampai sehingga selesai akad nikah mereka, Zahred
langsung tak bersuara. Zahred hanya berdiri di pintu balkoni. Cuma memandang
Zulaikha bersama dua lelaki itu.
“Abah
pulang dulu. Esok sahaja kita cerita. Abah doakan Zu bahagia.” Zakaria pandang
Zahred. Dari isyarat matanya yang kuyup dan sayu dia seakan memohon Zahred
melindungi Zulaikha.
Zulaikha
angguk.
Sebaik
sahaja keduanya menghilang, Zahred menghampiri Zulaikha. Dia duduk
berhadapan dengan Zulaikha di atas katil. Dia tak mampu lagi menahan debaran
dan graf jantungnya yang menggila saat ini.
“Tuan
Zahred, saat ini Tuan berhak sepenuhnya ke atas diri saya.” Zulaikha hampir
sahaja menangis lagi. Tapi sayang air matanya sudah kering.
Sekali
lagi jemari Zahred di bahu Zulaikha. Dress merah hati kembali diluruhkan. Tubuh
Zulaikha dibaringkan ke tilam. Zulaikha pejamkan matanya saat dia terlihat jemari
Zahred membuka satu demi satu butang kemeja biru.
Malam
pertama yang sepatutnya menjadi malam terindah namun dihiasi dengan mutiara air
mata milik Zulaikha. Saat tubuhnya dipeluk kemas Zahred hatinya merintih. Saat
bibir Zahred menari di atas tubuhnya hatinya meraung hiba. Pengorbanan ini
bukan mudah namun dia harus terus melangkah.
Zahred
pandang wajah Zulaikha dalam kesamaran cahaya lampu merah. Sungguh Zulaikha
bagaikan permaisuri 1001 malam. Mungkin ini yang dirasakan Shahriyar. Kerana
kecantikan Sharzad buatkan Shahriyar tak mampu membunuhnya atau kepetahan
permaisuri itu bercerita sehingga buatkan hatinya terpaut.
Zulaikha
cantik. Lebih cantik dari Permaisuri Sharzad.
Cantik!
Zulaikha cuma pejamkan matanya saat jemari Zahred dan bibirnya menjalar.
Sungguh dia rasa sangat terhina meski hubungan ini halal.
‘Demimu
mummy...’
Saat
bibir Zahred kembali melekap di segenap tubuhnya hatinya dipagut
sayu. Mahu sahaja ditolak Zahred dan berlari pulang. Namun dia terikat.
Terikat kerana janji.
Zahred
rebahkan kepalanya di sebelah Zulaikha. Tangannya melingkari pinggang Zulaikha.
Kesejukan tubuh yang tanpa seurat benang dihangatkan dengan pelukan Zahred.
Zahred
usap pipi Zulaikha. Matanya tetap sahaja memandang wajah Zulaikha.
“Zulaikha…”
Bisiknya perlahan.
Dia
nampak air jernih yang mengalir di juring mata Zulaikha. Lambat-lambat Zulaikha
buka mata. Dia tak berani berpaling dan matanya tepat memandang Zahred.
“Zulaikha…”
Zahred
meniarap, wajah Zulaikha dipandang. Bibirnya kembali singgah di kelopak mata
dan bibir Zulaikha.
Mata
Zulaikha kembali tertutup rapat. Terasa hangat bila bibir Zahred menjalar di situ.
Sekali lagi keinginan Zahred sukar dibendung. Zulaikha terpaksa dalam rela. Dia
mahu semuanya berlalu dengan cepat. Dia mahu mentari lekas muncul menggantikan
bulan dan bintang yang menghiasi dada langit. Selagi mentari tidak muncul dia
rasa terseksa.
Akhirnya
dia terlena dalam kisah satu malam yang bagaikan dilalui seribu satu malam.
Malam yang paling panjang di antara malam-malam yang pernah dia lalui.
Zulaikha
tolak perlahan tangan Zahred yang masih melingkari tubuhnya. Pakaiannya yang
jatuh dilantai bilik dikutip. Ya, satu malam yang dijanjikan sudah berakhir.
Satu malam yang merubah seluruh hidup Zulaikha Nasreen. Bukan mudah untuk dia menelan
kepahitan dan kepedihan, namun ini harga bagi sebuah pengorbanan. Pengorbanan
itu bukan mudah dan bukan senang terpikul di bahu seorang yang bernama
Zulaikha.
Dia
bukanlah Zulaikha isteri Sulaiman yang sangat menyintai suaminya. Zulaikha
pandang Zahred yang lena di sebelah. Zahred adalah suami yang paling dia benci.
Zahred
buka mata saat tersedar Zulaikha tiada. Dia mencari dalam keadaan kornea yang
masih kabur. Zulaikha sedang betulkan rambutnya di hadapan cermin.
“Zulaikha.”
Zulaikha
pandang Zahred yang tidak berbaju dari refleksi cermin.
“Satu
malam yang yang kita janjikan sudah berakhir, Tuan. Tuan boleh lepaskan saya dengan
talak berapa sekalipun.”
“Zulaikha...”
Zulaikha
berpaling.
“Tuan
Zahred, saya sedang menanti lafaz cerai dari Tuan.”
“Bukan
semudah itu.” Zahred bingkas bangun.
Zulaikha
terkejut.
“Bukan
semudah itu untuk saya lepaskan awak. Awak isteri saya. Awak kena ingat tu.”
“Tuan Zahred,
saya tak mahu jadi isteri Tuan lagi. Kita sudah berjanji kan, hubungan kita hanya
untuk satu malam sahaja.”
“Bukankah
semalam awak merayu saya untuk jadikan awak isteri?”
“Itu untuk
menghalalkan apa yang Tuan lakukan semalam. Saya tak nak jadi isteri Tuan.
Perjanjian kita cuma satu malam.” Rayu Zulaikha.
“Tapi
awak dah pun jadi isteri saya.” Bantah Zahred. Ya, dia tersilap sangka. Dia
sangka Zulaikha merasai indahnya kenangan mereka tika bersama malam tadi dan
terbuka hatinya untuk Zahred. Tapi…
“Tolong
jangan lukakan lagi hati saya, Tuan. Lepaskan saya, lagipun pernikahan kita
tanpa apa-apa yang menjadi bukti. Tuan tak berhak untuk terus menjadi suami
saya. Saya balik dulu.”
“Zulaikha
tunggu!”
Zulaikha
terus melangkah pergi. Zahred yang tidak lengkap berpakaian hanya mampu
memandang langkah Zulaikha yang meninggalnya.
Please, don't stop. I am really excited and looking forward to reading the rest of the story. The book is much better than the drama
ReplyDelete