Zahred
masuk ke bilik Rasul tatkala Rasul dan Zulaikha sedang berbincang sesuatu.
Kertas-kertas di atas meja menandakan mereka sedang membincangkan projek resort di Terengganu.
“Mengganggu?”
Rasul
tersenyum.
“Yes. Kau ganggu date aku dengan
Zulaikha. Zulaikha cuma tersenyum. Dia tahu yang Rasul hanya bergurau.
Zahred
tarik kerusi duduk diantara Zaulaikha dan Rasul.
“Anything
Tuan Zahred Hadri?” Soal Rasul.
“Go
on.”
Matanya
tetap sahaja memandang Zulaikha.
“So
Zu, saya nak solution tentang masalah yang kita hadapi dengan projek
ini.”
Zulaikha
angguk dan masih tersenyum.
“Saya
akan siapkan Tuan Rasul. Bagi saya… Em… Dalam 2 jam?”
Rasul
ketawa.
“Tak
perlu kelam kabut. Take your time. Saya sanggup tunggu. Saya sanggup
tunggu awak Zulaikha walau seribu tahun.”
Boleh
tahan gurauan Rasul.
Zulaikha
ketawa. Rasul turut sama ketawa. Zahred? Pandangan tajamnya hanya pada
Zulaikha.
“Bro, serius nampak?”
Zahred
pandang Rasul.
“Ada
benda serius ke antara kau orang berdua yang aku tak tahu?”
Zulaikha
ketawa kecil.
“Tuan
Rasul bergurau Tuan Zahred.”
Zulaikha
kemaskan kertas-kertas yang berteraburan di atas meja.
“Okey
Tuan Zahred, Tuan Rasul saya keluar dulu.”
Zulaikha
bangun. Rasul angguk, bibirnya masih mengukir senyuman.
“Ada
apa-apa ke kau dengan Zulaikha?” Soal Zahred.
“Bakal
jodoh aku mungkin.”
Zahred
diam. Entah kenapa hatinya sangat marah.
“Are
you sure?” Soal Zahred.
“Come
on Zahred… Siapa yang tak mahu seseorang seperti Zulaikha untuk jadi
pasangan hidup mereka kan?” Rasul menyandar sambil pandang Zahred.
“Zulaikha?
Dia pun dah jatuh hati pada kau?”
Rasul
jungkit bahu.
“Maybe.”
Zahred
bangun.
“Maybe
bermaksud hentikan angan-angan dalam minda kau tu.”
Kakinya
diheret keluar. Sebaik sahaja keluar dari bilik Rasul, dia nampak Zulaikha
sedang ketawa mesra dengan Riyad, Pengurus Bahagian Sumber Manusia. Sekali lagi
hatinya bagai ditoreh.
Matanya
masih tajam memerhati. Gurauan ketawa senyuman Zulaikha pada Riyad menghiris
hatinya sekeping demi sekeping.
‘Ah
kenapa harus hati aku sakit, aku benci wanita.’
Zulaikha
kembali ke dalam biliknya. Tubuhnya dihenyakkan ke atas kerusi empuk.
“Apa
jalan yang aku ada Ya Allah…’ Hatinya merintih seketika. Puas dia memikirkan
jalan terbaik tapi semuanya buntu. Air matanya mengalir di pipi.
“Seratus
ribu... Sepuluh ribu pun belum tentu aku ada.” Buntu fikirannya mencari jalan.
Zulaikha
menangis sendirian. Wajahnya ditekup dengan kedua belah tangannya. Dia berdoa
agar Allah ilhamkan padanya jalan untuk mempermudahkan semuanya.
Kertas-kertas
di atas meja dipandang sepi. Hatinya tiada di sini. Fikirannya di rumah. Pada
sekujur tubuh yang terlantar sakit.
“Mummy... Zu akan lakukan apa sahaja untuk
mummy sembuh kembali. Zu yakin Allah
akan berikan jalannya meskipun sukar.”
Interkom
di meja berbunyi.
“Masuk
bilik saya sekarang.” Suara Zahred kasar di hujung talian.
Zulaikha
bangun. Bajunya dibetulkan seketika. Melangkah ke kamar Zahred di sebelah kiri.
Entah apa pula salahnya kali ini, dia tak tahu.
“Mana
laporan yang saya minta semalam?” Soal Zahred.
Mata
Zahred cuma memandang seketika pada Zulaikha.
“Maaf
Tuan, saya masih belum siapkan lagi.”
Zahred
angkat wajah pandang Zulaikha. Tajam matanya menikan anak mata Zulaikha.
“Awak
ingat awak siapa di sini, Zulaikha? Kalau awak tak mampu jalankan tanggungjawab
sebagai pekerja awak boleh berhenti. Saya tak perlukan pekerja sampah macam
awak.” Herdik Zahred tanpa memandang pada Zulaikha.
Zulaikha
pejamkan matanya buat seketika.
Kata-kata
Zahred menikam ke hati Zulaikha.
“Maafkan
saya, Tuan Zahred. Saya akan siapkan hari ini.”
“Dah
pergi. Saya mahu laporan itu atas meja saya sebelum jam 8 pagi esok. Kalau tak
pintu pejabat ini terbuka untuk awak keluar dari sini.”
Zulaikha
cuma angguk. Sebak bila dihalau sebegitu meskipun memang salahnya sendiri.
Semalam dia penat sangat bila disuruh siapkan laporan yang Zahred minta. Pagi
ini sekali lagi diherdik Zahred. Dia manusia, bukannya robot.
Dia
juga perlukan masa berehat.
Zulaikha
menangis lagi di dalam biliknya. Dia mahu menghalau kesedihan tapi kesedihan
sentiasa sahaja mengekori dirinya. Jadi apa dayanya.
‘Allah…
Aku tak kuat.’
Telefon bimbitnya berbunyi nyaring.
“Hello…” Panggilan dari pihak
hospital semakin melemaskan dia.
“Doktor,
saya setuju dengan tarikh yang ditetapkan. Saya akan buat pembayaran
pendahuluan secepat mungkin. Doktor jangan risau. Teruskan dengan semua
prosedur, esok saya akan bawa mak saya ke hospital.” Ini janji dia.
Zulaikha
berjanji meski dia tahu belum mampu untuk tunaikan janjinya itu.
“Allah…
Bantu aku.”
“Mana
Zulaikha?” Soal Zahred tatkala Yani keluar seorang diri untuk makan tengah hari.
“Zulaikha
tak keluar Tuan Zahred. Dia suruh saya pergi makan dulu.”
Zahred
pandang bilik Zulaikha yang tertutup rapat. Lantas kakinya diheret ke sana.
“Boleh
saya masuk?” Zulaikha yang tekun menghadap laporan di meja mengangkat wajahnya.
Matanya merah dan bengkak.
“Ada
apa Tuan Zahred?”
Zahred
tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Zulaikha.
“Kenapa
tak keluar lunch?”
Zulaikha
tersenyum tawar.
“Saya
bimbang kalau saya keluar makan, saya tak dapat siapkan laporan yang Tuan minta
ini.”
Zahred
hanya senyap. Matanya tepat memandang wajah Zulaikha.
“Kenapa
Tuan tengok saya macam tu?” Soal Zulaikha. Dia perasan Zahred dari tadi cuma
memerhati. Kekok rasanya dia nak buat kerja.
“Tak
ada apa-apa.” Balas Zahred. Dia bangun. Kemudian pandang Zulaikha lagi. Dia
duduk semula. Zulaikha semakin keliru dengan sikap Zahred Hadri. Apa sebenarnya
lelaki ini mahu masuk ke biliknya.
Zahred
diam. Kemudian dia bangun dan terus berlalu.
Zulaikha
tarik nafas lega.
Dari
pagi sehingga ke malam Zulaikha tekun di meja menyiapkan laporan tentang projek
di Terengganu yang diminta Zahred. Lenguh pinggang dan sakit kepala usah diteka
lagi.
“Allah,
dah pukul 7 petang.”
Dia
pandang skrin komputer riba, masih ada bahagian yang belum disiapkan. Kepalanya
diletakkan seketika di atas meja. Mahu terlelap barang seminit dua. Matanya
dipejamkan sedang kepalanya diletakkan di atas lengan.
“Makan
dulu.” Satu suara mengejutkannya yang baru mahu terlena. Pantas dia bangun.
Bau
burger McDonald’s menusuk hidung.
Serta merta wajahnya diangkat. Zahred yang masih berkot hitam memandangnya.
“Tuan
Zahred.”
Zulaikha
bangun.
“Makan.”
Dia
angguk. Zahred melangkah keluar. Burger McDonald’s
di atas meja dipandang. Serta merta perutnya terasa lapar.
‘Zulaikha,
kenapa tak cuba buat pinjaman dari syarikat?’ Tiba-tiba mindanya berbicara.
‘Ya,
pinjaman dari syarikat dan bayar ansuran melalui potongan gaji.’
Zulaikha
cepat-cepat habiskan kepingan burgernya. Bibir dilap dengan tisu. Dia tahu
Zahred masih berada di pejabat. Dengan penuh keyakinan kakinya melangkah ke
bilik Zahred.
Dia
ketuk pintu perlahan.
“Selamat
petang Tuan.”
Zahred
langsung tak pandang.
“Ada
apa?” Soalnya.
Zulaikha
takut-takut nak bercakap. Wajah Zahred yang serius buatkan dia gementar.
“Tu…
Tuan… Saya nak mohon pinjaman dari syarikat. Seratus ribu.” Lega bila dapat
luahkan apa yang ada dalam hatinya.
Zahred
pandang Zulaikha. Lama sekali sebelum bibirnya berbicara.
“Beraninya
awak.”
Zulaikha
cuba tenangkan diri. Dia tahu ini sahaja jalan yang dia ada. Yang dia terfikir
pada saat ini.
“Saya
janji, Tuan boleh tolak dari gaji saya setiap bulan.”
Zahred
ketawa sinis.
“Tolak?
Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru
selesai? Berapa lama tu? 8 tahun 3 bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan
terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.
Zulaikha
yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan.
Ini saja jalan yang dia ada.
“Saya
janji Tuan, atau Tuan boleh potong 50 peratus dari gaji saya setiap bulan. Saya
akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred
setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred
diam seketika.
Wajah
Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.
“Maaf
Tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau Tuan nak
saya boleh cagarkan rumah saya pada syarikat.” Zulaikha masih berharap agar
dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.
“Saya
tak nak rumah awak.”
“Saya
tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di
kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu Tuan. Izinkan saya buat pinjaman
dari syarikat.”
Dia
benar-benar mengharap ihsan Zahred.
"A night with me… Dan seratus
ribu akan jadi milik awak."
Zulaikha
pandang tepat-tepat ke wajah lelaki ini. Pandangannya tajam. Dia terkejut
dengan bicara yang baru terbit dari mulut Zahred. Apa dia tak salah dengar atau
Zahred yang tersilap berbicara? Betulkah ini yang keluar dari mulut lelaki ini?
“Kenapa?”
Soal Zahred.
"Tuan
ingat saya apa? Tak apa. Terima kasih Tuan, anggap saya tak pernah merayu Tuan
untuk tolong saya."
Zahred
pandang wajah manis Zulaikha. Mencari sepasang mata biru yang kebelakangan ini
buatkan dia sedikit tidak menentu.
“Terpulang
pada awak. Awak yang minta bantuan dan saya cuma mahukan ganjaran sebagai
balasan Zulaikha, tanpa apa-apa bayaran balik."
Dada
Zulaikha bagai mahu meletup. Wajah Zahred dipandang lagi. Air matanya gugur.
Mahu sahaja dia tampar Zahred. Mahu sahaja lelaki ini dibunuh. Terasa maruahnya
bagaikan sampah saat ini.
"Saya
balik dulu. Dan tolong anggap saya tak pernah minta pertolongan ini."
Zulaikha
keluar. Dia bersandar di tepi dinding. Air mata yang sedari tadi bertakung,
laju menuruni pipinya.
Zahred
tarik nafas panjang. Pintu bilik yang sudah tertutup dipandang mencari kalau
bayang Zulaikha muncul semula. Merayu barangkali.
Zulaikha
terduduk di tepi mesin fotostat. Tak sangka itu yang diminta Zahred sebagai
ganjaran. Air matanya terus mengalir tanpa henti. Terasa dirinya sangat hina.
‘Allah
beratnya ujian-Mu ini.’
'Zulaikha...'
Bisik Zahred sendiri. Entah syaitan mana yang merasuk sehingga dia keluarkan
kata-kata tersebut. Ya, yang pasti dia sebenarnya marah saat terpandang
Zulaikha dan Rasul pagi tadi. Dia marah bila Zulaikha selalu dingin dengannya.
Dia rasa egonya sebagai seorang lelaki yang cukup serba serbi tercabar bila
Zulaikha langsung tak menunjukkan minat padanya seperti wanita-wanita lain.
Tak
lama kemudian, kedengaran tombol pintu dipulas. Wajah Zulaikha muncul dengan air
mata yang masih bersisa.
"Saya
terima tawaran Tuan." Sebaknya hati bagai segunung rasa. Matanya
dipejamkan. Jemari digenggam erat.
Zahred
terdiam tak terkata. Kelu terus lidah dan bicaranya.
“Saya
balik dulu.” Dia tak sanggup lagi memandang Zahred. Sedihnya hanya Tuhan yang
tahu. Malunya, terasa maruah yang sentiasa di junjung tinggi sedang dipijak
Zahred Hadri. Terasa dia bagaikan sehelai kain buruk yang tidak ada nilai
langsung di mata sesiapa pun.
Zulaikha
menangis semahu-mahunya di bilik air. Bengkak matanya. Entah banyak mana
mutiara jernih itu dihamburkan.
“Allah…
Kenapa berat sekali ujian yang kau minta aku pikul?”
Zulaikha
masih menangis sehingga keletihan. Sehingga air mata di pipinya kering. Namun
sebak di hati tetap tak berganjak meski sezarah.
Semalaman
dia sukar melelapkan mata.
“Zulaikha
apa kau sanggup gadaikan sebuah maruah?”
“Tapi
ini sahaja jalan yang aku ada.”
Hati
dan mindanya berperang. Sungguh dia keliru. Membezakan apa yang sepatutnya
dilakukannya.
Tuhan berikan aku jalan…
Dapatkan Novel anda http://bit.ly/NovelPengantinSatuMalam
Casino, Hotel and Racetrack - Mapyro
ReplyDeleteA 남양주 출장샵 Casino, Hotel and Racetrack with a stay at Mapyro 전라남도 출장마사지 Resorts World Las Vegas in 안동 출장안마 Las Vegas, 김천 출장마사지 NV. 제천 출장샵