PROMOSI



TERBARU

Tuesday, May 5, 2020

Misi Lockdown Hati Dia

Prolog


Ujian itu indah seindah takdir yang dicoret  dipena Al-Khaliq. Seindah pertemuan Adam a.s. dan Hawa di bumi gersang milik Tuhan. Seindah kisah Ratu Balqis dan Sulaiman a.s. Mungkin juga setabah kisah Nuh a.s. yang kehilangan isteri dan anak demi satu akidah. Kenapa harus kita merungut saat ujian itu datang, sedangkan DIA telah berikan seindah anugerahnya. Subhanallah.

Ilya berjalan perlahan-lahan menuruni lereng ladang teh yang menghijau. Selalu dia ke sini setiap kali pulang ke mari. 

Manakala hati menggeliat mengusik renungan
Mengulang kenangan saat cinta menemui cinta
Suara sang malam dan siang seakan berlagu
Dapat aku dengar rindumu memanggil namaku

Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian

Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu
Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku
Sukmaku berteriak menegaskan kucinta padamu
Terima kasih pada Maha Cinta menyatukan kita

Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh sukacita
Sehingga siapa pun insan Tuhan pasti tahu

Cinta kita sejati
Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh…
           
            Lagu “Cinta Sejati” nyanyian Bunga Citra Lestari biasa sahaja merobek tangkai hatinya membuatkan dia kembali menangis dan bersedih. Kenangan itu sudah dibuang jauh tapi lukanya tak akan mampu sembuh.

            “Aku tak pernah pergi, selalu ada di sisimu, kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku.”
            Tapi ini cuma dongeng dulu. Ilya ingin melupakan dongeng ini untuk gadis itu hidupkan riwayat baru tanpa ‘dia.’

            Cinta sejati? True love never exist.

            Tiada cinta yang sejati melainkan cinta pada Maha Cinta. DIA yang sedang memandang kita dari Arasy.

            Ilya menarik nafasnya dalam-dalam. Dihembuskan pula perlahan-lahan. Bayu Cameron Highland menyegarkan dia.  Menjadikan dia Ilya Hani yang baru.







Dapatkan naskah anda sekarang di SHOPEE




TEASER 1
"Em...siapa tu puan...caring je Saya tengok?" Soalan koperal Anis dijawab dengan senyuman.
"Eh puan ni senyum pulak. Puan kenal ke encik kapten tu?"
Bahang mentari semakin terasa. Hangat pijar apatah lagi mereka cuma berlindung di bawah khemah yang hanya sebesar sepuluh kaki persegi. Sudah dua hari disini berpanas berhujan demi negara yang tercinta.
Belum sempat Ilya jawab, Aazief melangkah ke arah mereka berdua. Segak dalam uniform tentera. Senyuman Ilya nampak malu-malu bila Aazief mendekat.
"Ehem...boleh tolong pegangkan telefon Tak...Saya nak solat sekejap."
Ilya angguk cepat-cepat. Huluran telefon dari tangan Aazief di ambil. Aazief senyum. Beberapa langkah berjalan dia pusing semula. Masih berjarak.
"Tak nak jadi makmum Saya?"
Alahai Aazief ini takkan nak berjemaah di sini kut.
"Erk...takpa nanti Saya solat dengan Anis."
Aazief senyum dan terus melangkah.
"Wow siap ajak jadi makmum. Tolong pegangkan telefon. Bukan biasa-biasa ini puan."
Ilya pandang Anis
"Dah tiga hari dia jadi imam Saya...Anis."
Anis terkejut
Ilya pandang skrin telefon Aazief. Ada gambar mereka berdua selepas nikah. Dia senyum. Semanis hatinya yang di cuit bahagia.


TEASER 2
Koperal Anis leretkan matanya pada pegawai atasan nya ini. Sukar untuk dia percaya kerana Ilya bukan seperti wanita lain yang kadang-kadang keluar dengan teman lelaki ataupun dengar ‘puan’nya ini sudah bertunang. Selalu kemana-mana dia lah yang Ilya ajak menemani. Tiba-tiba Ilya bagitahu dah nikah. Dengan Mejar Aazief pula itu. Sungguh dia keliru. Pegawai atasannya ini jarang tinggikan suara namun dia seorang yang tegas. Anggota bawahan ramai memuji kerana Puan Ilya Hani bergaul tanpa memandang ‘kasta’.
“Puan tak ada bagitahu pun yang puan dah kahwin. At least jemputlah kami semua. Takkan puan nikah cuti tiga hari tempohari?”
Air buah pemberian orang awam seketika tadi di sedut perlahan. Hari ini panasnya lain macam apatah lagi terpaksa memakai sarung tangan dan topeng wajah sepanjang masa. Tapi inilah tugas. Cuma yang buatkan dia marah bila masyarakat belum ada nilai kesedaran. Banyak yang kena tahan kerana keluar tanpa tujuan yang betul. Ada yang menipu kononnya nak ke klinik dan hospital. Padahal ke tempat lain.
“Saya nikah je. Majlis nanti lepas selesai semua perkara ini baru kami adakan majlis. Lagipun yang afdal nikah kan?”
“Saya tak pernah Nampak pun puan keluar dating ke atau mejar Aazief keluar dengan puan. Inilah pertama kali saya jumpa Mejar tu.”
Ilya tersenyum di sebalik topeng wajahnya.
“Jodoh aturan keluarga, koperal. Saya pun tak jangka dengan mejar tu. Kalau koperal ingat dia pernah datang ke balai masa saya incharge kes pergaduhan yang melibatkan tentera dan orang awam bulan lepas.”
Koperal Anis cuba mengingati sesuatu, pap! Dia sudah ingat di mana dia jumpa Mejar Aazief.
“Mamat askar yang datang balai marah-marah tu? Yang bertegas sangat nak jumpa puan tu? Yang marah-marah puan tu? Haish macamana puan boleh kahwin dengan dia pula?”
Ilya Hani angguk. Masakan dia lupa pada Mejar Aazief Azman. Sungguh waktu pertama kali di temukan beberapa hari sebelum nikah dia dan Aazief sama-sama terkejut. Tapi pada Ilya itulah memori paling manis untuk dia kenang. Dia dan Aazief sampai bergaduh dalam bilik nya waktu itu. Benci boleh saja bertukar menjadi sayang kan. Semuanya aturan Allah swt.
“Macamana puan terima dia?”
“Em…susah soalan awak tu koperal. Jodoh kut. Jodoh yang Allah tulis dan di aturkan ibu bapa saya dan ibu bapa dia. Ibu kami berdua kawan baik. Ibu saya tu takut sangat kalau nanti dia dan ayah saya dah tak ada saya tinggal seorang diri. Tapi itulah Sehari lepas nikah dah kena panggil balik kerja.”
Koperal Anis tersenyum. ‘sweet’ kisah puan nya ini. Boleh buat novel. Cinta bersemi ketika lockdown.
“Tak sempat honeymoon ya puan.”
“Honeymoon apanya koperal tengah lock down ini kita nak balik rehat pun tak sempat .”
“Ehem…suara deheman dari belakang buatkan Anis dan Ilya sama-sama berpaling. Aazief berdiri tegak. Tegap. Sesuai dengan tugasnya sebagai pegawai tentera bertauliah.
“Puan saya ke sana dulu.” Mereka bekerjasama dengan pihak tentera dari kem berhampiran untuk menjaga sempadan .
Anis Cuma mengangguk paada Aazief yang muncul dalam baju T tentera dan seluar loreng hijau.
“Hai…”Ilya tak tahu nak panggil apa. Abang? Awak? Tuan? Dari akad nikah sampai sekarang dia hanya bahasakan awak dan saya. Kekok bila dapat suami segera macam ini. Kadang-kadang dia sebut nama Aazief sahaja.
“Boleh saya duduk?” Aazief meminta kebenaran duduk di tempat koperal Anis tadi. Ilya angguk.
“jarak satu meterkan. Boleh je. Kata ada kerja dekat kem? Kenapa datang sini?” tadi masa dia mesej bertanya Aazief bagitahu dia ada kerja di kem.
Ilya juga sebenarnya baru balik dari buat rondaan di bandar berhampiran. Masih ramai yang degil. Masih ramai yang menyalahkan pihak berkuasa untuk perintah kawalan pergerakan. Sedangkan apa kerajaan buat adalah untuk kepentingan orang ramai. Orang awam tidak tahu penatnya mereka sebagai frontliner apatah lagi yang bertugas di hospital.
“Nasib lah kan nak duduk dengan isteri sendiri pun kena berjarak. Em, sampai bila agaknya ya?” Aazief mengusik.
Ilya ketawa kecil.
“Sampai covid 19 dah tak ada lagi kat Malaysia ini. Saya berisiko awak pun berisiko. Kita tak tahu apatah lagi tugas kita yang berhadapan dengan orang awam ini kan.”
“Em…nasiblah boleh jumpa kat sini kan. Kalau tak harus saya kidnap inspektor Ilya Hani bawa lari ke kem. Sorok dalam almari. Duduk dalam tu diam-diam.”
Ilya ketawa. Kepalanya di gelengkan.
“Ingat awak kahwin dengan anak patung nak simpan dalam almari?” Dia menjeling. Aduh tertusuk terus ke jantung Aazief jelingan Ilya.
“Yelah saya boleh tengok Ilya hari-hari. Ini sekejap ada sekejap tak ada. Saya ada Ilya tak ada. Tu belum nanti saya masuk hutan operasi lagi. Ilya…”
Panggilan romantis Mejar Aazief sedikit mendebarkan Ilya. Cuma mata keduanya bertentangan. Seketika tanpa suara. Meski ada yang memandang dengan senyuman namun mereka anggap Cuma mereka berdua sahaja yang wujud saat ini.
“Em…”
“Saya bukan yang terbaik dan tak mungkin akan jadi yang terbaik untuk Ilya. Tapi saya janji saya akan cuba sempurnakan kekuranagn Ilya dan saya mohon Ilya tutup juga kekurangan saya.”
Ilya angguk.
“Saya juga bukan pilihan yang terbaik untuk Aazief. Saya cuba dan tak akan berhenti mencuba.Allah dah takdirkan saya menjadi isteri Aazief, dan Aazief suami saya. Kita saling melengkapi. Saling memahami. Itu yang sebenarnya.”
“Boleh tak saya bawa Ilya lari…Cuma untuk sehari je?”
Ilya ketawa kecil.
“Lepas tu esok masuk paper seorang pegawai polis di larikan seorang pegawai tentera berpangkat Mejar.”
“Alah kita jawablah…nak honeymoon je kut. Sehari je. Takkan itupun salah.”
Merah padam wajah Ilya. Dia tahu Aazief bergurau. Tapi gurauan Aazief menyentuh hati wanita nya.
“Sorry sayang saya gurau je.”
“InsyaAllah Aazief mungkin dengan cara ini Allah nak dekatkan kita.
“Tugas saya jaga orang awam. Jaga negara. Tambah dalam keaadaan macam ini dengan tak cukup anggota dengan orang awam yang banyak kerenah. Penat tak rehat. Itu belum lagi ada kes lain.”
“Em nasib lah kan, saya pun tak nak Ilya ambil risiko dekat dengan saya. Saya baru balik hospital, balik kem mandi dan terus ke mari. Ada anggota yang positif covid 19.”
“Saya doakan awak tak di jangkiti. Dari awak pergi hospital tadi doa saya tak putus untuk awak dan semua orang.”
Aazief tunduk. Tersenyum di balik topeng wajah.
“Terima kasih Ilya doa seorang isteri semoga Allah angkat ke langit.”
Ilya keluarkan sesuatu dari dalam tas kecilnya. Di hulurkan pada Aazief,
“Apa ni?” Soal Aazief.
“Vitamin c. saya beli kat farmasi belikan untuk Aazief sekali. Jangan lupa makan.”
“Thanks my wife.”
“Tak perlu berterima kasih. Kewajipan saya jaga Aazief.”
“Selamat petang Tuan!”
Seorang lelaki lengkap beruniform tentera muncul selepas tabik hormat di beri…
“Tuan Radhi minta Tuan jumpa dia sekarang!”
Aazief angguk sambil lepaskan keluhan berat.
“Baru je nak dating dengan isteri dah kena panggil.” Rungutnya perlahan.
“pergilah tugas tu… amanah.”
Aazief pandang Ilya. Tajam korneanya menyentuh sehingga ke hati Ilya. Ada degupan jantung yang rancak iramanya. Hati sedang bergenderang memainkan lagu yang entah apa. Berdebar.
“Ilya juga amanah untuk saya. Untuk saya hargai, untuk saya sayangi dan untuk saya cintai. Stay in my heart. Malam ini saya mesej.”
Ilya angguk.
“Aazief…”
“Saya doa supaya matahari cepat terbenam, sebab saya tunggu mesej dari suami saya, Mejar Aazief Azman.”
Aazief sempat main mata seketika.
“Em…cepatlah pkp ni habis lepas tu saya nak cari rumah nak bawa isteri saya ini duduk sekali.”
Ilya di tinggalkan bersendirian. Sambil menjamah makanan tengahari yang di hantar dia mengimbau kisah. Kisah sebulan lalu. Saat pertama kali dia bertemu Mejar Aazief Azman.


TEASER 3
Sedang berdiri bersama koperal Hanif di tengah jalan raya satu pesanan masuk di tingkap hijau telefon bimbitnya. Ilya cepat-cepat buka. Satu pesanan masuk.
Jangan berdiri tengah jalan bahaya. Dah datang duduk kat khemah ini bagi saya yang gantikan Ilya kat situ.
Ilya senyum. Matanya meleret memandang Aazief yang duduk di bawak khemah. Tangannya memegang telefon bimbit, matanya memandang Ilya bibirnya mengukir senyuman.
Saya tak bertugas pun saja temankan koperal Hanif. Segan kat bawah khemah tu ramai encik askar.
Sengaja dari balai dia ke mari. Memantau anggota bawahannya bertugas. Lebih dari itu dia rindu nak tengok Aazief.
Em...temankan bertugas dah ya jangan lupa jadi teman Saya sepanjang hayat.
Entah kat mana Ilya nak sorokkan wajahnya di tengah bahang mentari ini. Malu. Merah muka. Di bawah khemah Aazief tersenyum.


TEASER 4
MATA Aazief Liar mencari namun orang yang di cari tidak juga muncul. Berdiri sudah, duduk pun sudah tukang jaga sekatan jalan pun sudah. Semuanya serba tak kena. Sesekali telefon bimbit di keluarkan dari poket seluar. Cuma ada mesej-mesej dari anggota bawahannya dan semuanya tentang kerja. Di buka aplikasi whatsap mencari nama my sweet Ilya mesej yang di hantar sejak semalam hanya satu tanda. Mustahil Ilya langsung tak tengok telefon bimbit.
“Tuan kenapa? Resah semacam saja.” Leftenan Nadia muncul tiba-tiba. Aazief cepat-cepat menggeleng. Resahnya hati tak bertemu kekasih hati. Dia Nampak sarjan Hanif lalu di hadapan untuk gantikan seorang anggota yang bertugas.
“Sarjan.”
Langkah sarjan Hanif terhenti.
“Ada apa Tuan?”
“Er..ni..er…puan Ilya mana? Dah dua hari saya tak Nampak dia?” resah hati di suarakan juga akhirnya. Leftenan Nadia masih berdiri berhampiran.
“Oh Puan Ilya tak bertugas di sini. Semalam ada kes mahkamah dan hari ini saya tak pasti, mungkin ada kat balai kut. Lagipun balai pun tak cukup anggota.” Terang sarjan Hanif.
“Saya dah mesej dia dari semalam tak berjawab. Telefon pun tak angkat.”
Sarjan Hanif kerut kening. Bagai memikir sesuatu.
“Tuan call pakai nombor mana?”
“010…”
“Betullah tu nombor puan Ilya. Baru tadi dia call saya pakai nombor tu. Okey je boleh call. Kejap saya cuba.”
Aazief mula rasa tak kena. Sarjan Hanif cuba hubungi Ilya melalui telefon bimbitnya.
“Hello puan ada kat mana tu?”
Mata Aazief tak lepas memandang. Mahu sahaja di rampas telefon dari tangan Hanif. Tapi apa pula kata sarjan ini pula.
“Kat balai…ini Tuan Aazief cari puan. Dia cakap di call puan tak jawab.”
“Saya nak cakap dengan Ilya.”
Aazief hulurkan tangan.
Mahu atau tidak Hanif serahkan telefonnya pada Aazief. Aazief menjauh sikit. Nadia masih memandang. Hanif masih berdiri melihat telefon bimbitnya yang di larikan pegawai tentera ini.
“Hello Ilya. Kenapa tak jawab call saya. Kenapa tak balas mesej saya. Dah dua hari. Saya Nampak Ilya online nak kata telefon tak boleh kenapa sarjan Hanif call boleh pula. Anything yang isteri saya ini nak explain?”
Mahu sahaja di hambur rasa rindu yang sarat tapi hatinya sakit bila Ilya mengenepikannya.
“maaf Aazief, saya busy. Ada kes mahkamah ada kes lain saya tak perasan pun mesej Aazief.”
Aazief ketawa kecil.
“Tak perasan? boleh bagi saya alasan yang logik sikit tak selain dari tak perasan. Bukan sekali dua saya call berpuluh kali. Mesej saya pun dan jadi mesej berantai. Takkan satu pun Ilya tak perasan dan tak boleh call saya semula. Saya bukan budak-budak Ilya nak bagi alasan tak perasan.”
Marah sakit hati rindu semuanya berbaur menjadi satu.
“Terpulang awak nak cakap apa Aazief. Saya memang tak perasan. Okeylah saya busy ini ada kes baru masuk. Assalamualaikum.”
Ilya bagai tidak sabar mahu letak telefon.
“Saya ini siapa Ilya? Suami Ilya kan. Ilya tahu tak dua hari saya macam orang gila tak dapat contact Ilya. Bertugas? Ya saya pun bertugas. Saya pun sedang jalankan amanah pada negara tapi saya tetap ingat saya ada seorang isteri. Isteri yang dah buatkan saya jatuh cinta separuh mati. Penting sangat tugas Ilya tu sampai lupa Ilya ada seorang suami atau saya ini bukan siapa-siapa pada Ilya Hani?”
Kedengaran keluhan berat di lepaskan di hujung talian.
“Sekarang Aazief nak saya buat apa? Okey saya minta maaf sebab abaikan suami saya. Done!” Suara Ilya sedikit meninggi. Aazief terasa hati.
“Okeylah fine saya sedar saya bukan siapa-siapa pun dalam hidup Ilya kan. Teruskanlah kerja saya tak ganggu lagi. Bye.”
Telefon bimbit di serahkan kembali pada Hanif. Dia berjalan ke keretanya.
“Tuan nak pergi mana?” Panggil Nadia.
“Saya nak balik kem. Ada kerja. Awak pantau kat sini.”
Aazief masuk kereta. Enjin di hidupkan. Menyandar. Telefon bimbitnya berdering.
My sweet Ilya.
Di biarkan sehingga beberapa kali. Akhirnya dia mengalah antara marah dan sayang.
“Assalamualaikum…Aazief saya minta maaf kalau saya silap. Saya berdosa. Bagi saya masa. Saya cuma minta masa itu sahaja.”
“Kenapa Ilya ada benda yang Ilya tak mahu kongsi dengan saya. Kenapa selepas sepuluh hari kita jadi suami isteri baru Ilya minta masa. Kenapa tak reject je saya sebelum saya jabat tangan kadi?”
“Aazief listen. Bagi saya ruang. Saya sayangkan awak, tak ada istilah saya menyesal atau tak suka dengan pernikahan ini.”
“Saya nak jumpa Ilya. Jangan buat saya macam ni.”
“Aazief…saya minta ruang.”
Aazief matikan talian. Matanya di pejamkan rapat.
Ilya menyandar di kerusi. Fikirannya menerewang peristiwa beberapa hari lepas. Kata-kata Leftenan Nadia buatkan dia keliru.
“Aazief…” Bisiknya perlahan sambil matanya di pejamkan.
“Saya kat sini Ilya. Di hadapan Ilya.”
Ilya buka mata terkejut Aazief sedang berdiri di pintu biliknya.
“Aa..aazief…”
“Maaf saya dah cuba tapi perasaan rindu saya tak mampu untuk berikan ruang yang Ilya minta. Saya rindu awak my sweet Ilya Hani.


TEASER 5
Zaidi angguk. Bibirnya mengukirkan senyuman. Dua kali dia bertemu Aazief. Dia akui dia sendiri tertarik dengan keperibadian Aazief meskipun menjawat jawatan pegawai tentera.
“Ibu dan ayah dah jemput dia kemari esok. Esok Ilya jumpa dia kenal-kenal lepas tu ayah atau ibu akan terima keputusan anak ayah ini. Ilya tahu kan ayah sayang Ilya sangat. Ilya satu-satunya anugerah Allah pada ayah dan ibu.”
Ada air jernih di tubir mata Zaidi. Ilya sebak.
“Ayah dengan ibu sebenarnya anugerah untuk Ilya. Kalau ayah dan ibu tak kutip Ilya dulu belum tentu Ilya jadi macam hari ini sekarang. Ayah dan ibu bagi Ilya didikan dunia akhirat yang cukup. Meskipun Ilya bukan anak kandung.” Sebak. Sungguh kasih sayang tak pernah kenal siapa.
“Jangan cakap macam tu ilya. Semuanya Allah dah aturkan. Ilya dari kecil anak yang baik yang tak pernah susahkan ibu dengan ayah. Ayah bangga puteri ayah ini menjadi pegawai polis. Berkhidmat untuk negara.”
“Terima kasih ayah terima kasih ibu sebab jaga dan beri kasih sayang pada Ilya sampai saat ini.”
Di sebalik pintu ibunya mengesat air mata yang mengalir ke pipi.
“Terima kasih Allah kerana temukan kami. Terima kasih Allah kerana izinkan air susu aku dalam tubuh puteri ku.” Takdir itu indah seindah riwayat hidup yang Allah tulis di loh mahfuz.
Ilya bantu apa yang patut meskipun di larang Azean. Ibunya dari tadi sibuk di dapur. Kata ibu nak sambut bakal menantu. Ilya Cuma tersenyum. Siapa kata dia tak gelisah. Debaran di hati hanya Allah yang tahu. Kata Zaidi ‘calon suaminya’ akan sampai tengahari. Berlainan negeri jadi ambil masa ke mari. Berani betul lelaki itu datang seorang diri ke mari. Eh dia kan tentera, Ilya. Mana takut dengan apa pun. Cik polis encik askar boleh ke sefahaman meskipun dua-dua punya tagline berkorban untuk negara. Sedia berkhidmat.
Di halau dari dapur, Ilya kemas apa yang patut di ruang tamu. Rumah ini empat bilik sebab sepupu-sepupu sebelah ibu nya selalu ke mari jadi dia tidaklah sunyi sangat.
Ilya duduk di buaian besi di hadapan rumah bertemankan taman bunga kecil milik Hajah Azean. Telefon bimbit di buka ada beberapa pesanan masuk.
Ilya jangan lupa lusa kita kena ke IPK.
Pesanan dari ASP Razif ketuanya segera di balas.
Baik Tuan.
Tugas meskipun bercuti mana pernah habis. Laman muka buku di buka jarang dia tulis apa-spa status di media sosial. Beberapa berita tentang wabak covid 19 yang melanda China di baca. Semakin buruk malah di Malaysia juga sudah ada dua kes yang membabitkan pelancong dari China.
‘Ya Allah mudah-mudahan Malaysia tak jadi macam negara China lah.” Doa nya sendiri.
Sebuah kereta jenis Honda HRV masuk ke halaman rumah. Ilya bangun memerhati dari buaian. Dia nampak Zaidi terburu-buru keluar menyambut tetamu yang datang. Dia masih berdiri bersembunyi sedikit berhampiran pohon dulang ibu yang merimbun.
Lelaki yang muncul dari kereta itu seakan pernah dia lihat namun otaknya gagal mencerna saat ini. Hormat bersalaman dengan Zaidi sebelum Azean muncul dengan senyuman.
“Dah sampai dah. Seorang je. Mama dengan papa tak datang sekali?” Ramah Azean bertanya.
“Diakah yang ibu dan ayah pilih untuk menjadi imam aku?” Soal Ilya sendiri.
“Ilya.” Suara nyaring Azean buatkan khayalan nya terhenti. Ilya cepat-cepat melangkah ke arah ketiganya. Tanpa berani memandang si dia’ yang entah matanya memandang Ilya atau tidak.
“Masuk Aazief.: Jemput Zaidi.
‘Oh jadi betul lah dia.’
Ilya cepat-cepat ikut langkah ibu nya ke dapur.
“Pergi depan duduk dengan ayah.” Arah Azean.
“Tak nak lah segan Ilya. Ibu…”
Azean pandang Ilya. Angguk dan tersenyum. Sudah cukup untuk berikan jawapan buat Ilya.
“Pergilah Ilya nak kenal dengan dia kan sebelum Ilya bagi keputusan pada ibu. Memang ibu nak dia jadi menantu ibu tapi keputusan terakhir tetap di tangan Ilya. Ibu tak nak paksa. Kenal dulu ya.”
Ilya masih berdiri di antara jalan dapur dan ruang tamu. Dengan keyakinan yang ada dia melangkah ke ruang tamu.
Aazief yang rancak bercerita dengan Zaidi terdiam saat Ilya muncul. Ilya duduk di sebelah Encik Zaidi.
“Ilya…ini ayah kenalkan Aazief. Aazief inilah anak pak cik Ilya Hani.”
“Kali ini barulah Ilya berani angkat wajahnya memandang lelaki yang duduk berhadapan dengan nya. Wajah itu macam pernah dia lihat.
“Inspektor Ilya Hani? Tak ingat saya?” suara serak-serak basah itu menyapa.
Ilya cuba mengingati sesuatu.
“Encik pegawai tentera yang datang kat balai hari tu kan?”
Aazief tersenyum.
“terima kasih kerana masih ingat pada saya.”
“Baguslah kalau dah pernah jumpa. Ayah nak tolong ibu kat dapur dulu. Ilya sembang dulu dengan Aazief. Dia bangun mahu berikan ruang dan peluang untuk keduanya saling mengenali.
Sebaik sahaja Zaidi menghilang Ilya hilang kosa kata.
“Tak sangka pegawai polis yang tegas yang marah saya yang garang tapi cute ini sebenarnya bakal jodoh saya. Saya Aazief Azman. Selamat berkenalan sekali lagi. Dengarnya bakal makmum saya minta saya datang sini untu di temuduga, tapi saya bukan pelakon. Inilah saya. Saya tak akan jadi orang lain.”
Ilya pandang Aazief. ‘level confident ‘ lelaki ini menggunung tingginya.
“Bakal makmum? Yakin nya Tuan Aazief saya terima Tuan sebagai imam?”
Aazief pandang Ilya Hani masih ada senyuman di bibirnya.
“Puan Ilya nak reject saya ke?”
“Em.,,,,,




No comments:

Post a Comment