PROMOSI



TERBARU

Friday, November 9, 2018

Catatan Cinta Buat Dr Luqman






CATATAN CINTA BUAT DR.LUQMAN - Sophilea 
(sekuel novel Nota Cinta Buat Cempaka)

Special Edition..


BLURB

Bukan mudah untuk aku menolak rasa yang mula menyinggah

Bukan mudah untuk aku menepis suara yang berbisik rindu

Bukan mudah untuk aku hilangkan namamu dari hati

Tak mudah dan payah untuk aku lakukan nya- Dian Tihani

Luqman,

Biar datang seribu Luqman aku tetap Cempaka yang dulu yang hanya menyintai seorang Luqman Harith.

Luqman… masa menguatkan cinta kita, menganugerahkan kasih yang semakin kuat dan erat aku cuma mahu kamu sebagai pelindungku

Aku cuma mahu kamu yang menemani malam-malam ku

Aku mahu bina cinta kita sehingga syurga

Aku mahu kamu tetap menjadi imamku di dunia yang abadi nanti…

Abang…Cempaka menyintai abang sehingga hujung nyawa.- Cempaka Elina.



Teaser 1

IZINKAN AKU MELAFAZ KATA BICARA HATI YANG SUKAR DI TERJEMAH SAAT HATI BERBICARA SAAT JIWA BERKATA CINTA”

Nota biru itu ku renung lagi. Separuh hatinya yakin bahawa nota dan catatan kecil ini dari Cempaka Elina namun separuh lagi hatinya gusar.


‘Apa betul Cempaka yang kirimkan catatan-catatan ini. Kenapa dia bagi terus sahaja pada aku. Malu? Apa yang nak di malukan setelah lima tahun aku dan dia berkongsi sebuah kehidupan. Atau ini caranya untuk dia tunjukkan cintanya pada aku.”



“Apa yang abang menung sampai Cempaka masuk pun abang tak sedar?”


Cempaka sangkutkan tuala di penyidai baju. Puteri mereka dah lama lena penat barangkali bermain di sekolah. Apalah yang anak kecil itu mengerti selain dari bermain dan bergembira. 



Luqman hulurkan tangan. Cempaka sambut kemudian kepalanya di rebahkan di lengan sasa Luqman.


Can I ask you something?” Luqman elus lembut rambut Cempaka. Juntaian di dahi di rapikan ke tepi.

“Sejak bila seorang suami kena minta izin untuk bertanya selagi soalan itu bukan memohon keizinan untyk hadiahkan Cempaka ‘madu’ asli Cempaka bersedia untuk jawab.”


Luqman ketawa kecil. Barangkali Cempaka belum lupa ,malam pertama perkahwinan Luqman minta izin untuk menikahi Dyja.



“Jangan di ungkit kisah lama takkanlah abang nak buat lagi. Cukup Cempaka seorang dalam hati abang semalam hari ini dan esok sehingga akhir naas abang. Kalau diberi pilihan antara Cempaka dan Ainul Mardhiah di syurga nanti abang tetap pilih sayang untuk temankan abang di dunia yang abadi.”


Sejuk hati Cempaka mendengar pengakuan ikhlas Luqman.

“Abang belum jumpa Ainul Mardhiah bolehlah cakap macam tu..”


Lengan Luqman di usap perlahan. 


“Sayang…Ainul Mardhiah itu adalah bidadari yang menanti para syuhada Allah. Abang ni nak tengok istana Ainul Mardhiah pun belum tentu. Abang Cuma nak tanya sejauh mana sayang Cempaka pada abang?”


Cempaka tarik nafas panjang dihelanya perlahan.



“Abang…cinta itu rasanya tak perlu di ungkap setiap hari dengan kata-kata. Sayang itu tak perlu di luah sepanjang masa. Cukup Cempaka letakkan abang di satu tempat paling istimewa dalam hati Cempaka.




Teaser 2


“Assalamualaikum …” Suara memberi salam itu tidak sukar Cempaka teka. Siapa lagi kalau bukan Luqman Harith. Lelaki yang di takdirkan menjadi ‘habib’nya lima tahun lalu.


Cempaka pusingkan tubuhnya mengadap Luqman yang berdiri dengan sebuah senyuman. Senyuman itu untuk tatapan ‘bidadarinya’ sahaja tidak untuk orang lain.



“Rehat? Penat?” Soal Cempaka sambil hulurkan botol mineral di atas mejanya. Luqman ambil sambil ketawa kecil.

“Dua kes caeseran dan satu kes normal birth. Of course penat sayang…tapi bila tengok bidadari abang ni semua penat tu melayang pergi.

Cempaka terseyum. Lima tahun banyak merubah Luqman Harith. Dari Albert Einstien menjadi sasterawan seperti Hamka.

Dua tahun lalu bila Luqman suarakan hasrat untuk buka pusat perubatan sendiri bersama Doktor Harlina Cempaka tak menghalang. Ini impian Luqman dan dia menyokong. Dua tahu dulu dia tetap sahaja staff nurse di Pulau Pinang sehingga baru-baru ini Luqman memintanya untuk bekerja di Woman care specialist centre ini.

Cempaka menolak tidak mahu di katakana ambil kesempatan kerana suami sendiri namun atas pujukan Doktor Harlina dia akhirnya melepaskan jawatannya dan bekerja bersama Luqman Harith.

Hujung hidungnya di cuit Luqman. Cempaka tersentak.

“jauh sayang mengelamun teringatkan siapa? Ex boyfriend?”

Cempaka ketawa. Botol mineral kembali di letakkan di atas meja. “Nak sangat ke Cempaka ingatkan ex Cempaka. Nanti abang pulak yang meroyan.” Bilik Luqman yang sederhana besar inilah tenpat Luqman adakan perbincangan dengan pesakitnya yang memerlukan rawatan. Kebanyakannya kes-kes sakit Puan yang melibatkan cyt dan kehamilan. Pusat rawatan ini belum sebesar mana, Dari hasil modal Luqman dan Harlina mereka mampu sediakan dua bilik pembedahan dan dua ruang kelahiran biasa. “Amboi ada hati nak ingatkan bekas kekasih okey tak apa abang pun boleh ingat bekas girlfriend abang yang dulu-dulu, dari sekolah rendah sampai sebelum kita kahwin.”

Satu cubitan halus hinggap di perut Luqman. Luqman terjerit.





Teaser 2

CATATAN CINTA BUAT DR LUQMAN.
Lima tahun Cempaka mula kenal siapa lelaki yang Allah utuskan untuk menjadi pendampingnya ini. Lima tahun Cempaka sedar Luqman Harith bukan lelaki sedingin ‘iceberg’ atau lelaki yang hatinya sekeras batu. Lima tahun Cempaka terbuai dalam alunan kasih sayang dan cinta Luqman Harith. Lima tahun itu sekejap… dia mahu Allah panjangkan masa untuk dia bersama Luqman Harithnya. Kalau bukan di dunia di Negara abadi itu nanti. Lima tahun tak akan pernah merubah kasih Cempaka Elina untuk Doktor Luqman Harith.


Luqman leretkan matanya pada Cempaka yang lena. Saban hari korneanya tidak pernah jemu menatap sekeping wajah yang mampu melupuskan amarahnya. Bibir yang sentiasa menuturkan bicara lembut dan selalu sahaja tersenyum padanya. Ya pilihan Doktor Maria dan Doktor Iskandar tidak pernah salah. Aturan Allah menjadikan Cempaka ‘Ainul Mardhiah’ di dunia sementara ini. Namun dia pohon cuma Cempaka Elina bidadarinya di syurga nanti. 

“Staff nurse Cempaka Elina…mana mungkin abang lupakan semua kenangan yang pernah kita ada.”





Teaser 3

"Habib...bermaksud kekasih ...sweetkan dengar doktor Ariana panggil ustaz Mukhriz habib." Cempaka masih terbayang dua tetamu yang baru sahaja pulang seketika tadi. Sahabat yang banyak memberikan nasihat tatkala ada gelombang yang datang.

Luqman senyum. 

"Sayang nak panggil abang habib juga ke...macam Arin dan Mukhriz.?"

"Taklah...Cempaka suka tengok dia orang berdua tu mewarnai rumahtangga dengan indahnya kasih sayang dalam islam. Untung Doktor Arianakan.."

Tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang. Erat sekali. Terhenti seketika basuhan di sinki. Air paip tetap sahaja mengalir.

"Cempaka menyesal dapat abang?" Luqman berbisik di tepi telinga. Cempaka pejamkan matanya buat seketika.

"Kalau Ariana beruntung dapat lelaki sebaik Mukhriz...Cempaka bertuah memiliki Doktor Luqman Harith. I love you abang...biar sampai mati Cempaka tak akan lelah untuk ungkapkan sayang Cempaka."





Teaser 4

'Aku ingin selalu ada di hati meski tidak di cintai...ingin selalu di ingati meski tidak disayangi..'

Catatan biru dipandang lagi. Di baca Satu persatu bagai sedang mengeja. Dahinya di picit berkali-kali.


"Nota ini bukan dari Cempaka Elina."



Luqman berbicara sendiri. Nota ke lima yang dia terima sejak sebulan lalu benar-benar buatkan dia tertanya sendiri siapa gerangan yang menulisnya.


Nota-nota ini meski berbaur cinta namun sedikit pelik dalam setiap baris ayatnya.


"Termenung jauh teringatkan pesakit atau isteri?" Sejak bila Harlina muncul Luqman kurang pasti. Dia tersenyum.


"Pesakit tak pernah lepas dari fikiran isteri pulak sentiasa dalam hati. Cuma yang jadi kerisauan bila aku mula dihujani nota dari peminat misteri." Huluran kertas kecil di sambut Harlina. Matanya menangkap sebaris ayat yang tertera.



"Siapa?" Soalnya. Luqman senyum kecil.


"Kalau aku tahu siapa aku tak tertanya, sahabat. Entah cuma aku bimbang nota-nota ini buatkan aku mula risau."


Harlina duduk berhadapan dengan Luqman Harith.


"Jaga-jaga Man...jangan sampai nota ini undang tsunami dalam rumahtangga kau Dan Elina. Manusia Man...tak dapat cara betul di buatnya cara halus. Akhir zaman...Kita kembali kepada sihir bila manusia bertuankan syaitan. Jaga-jaga aku cuma menasihati."



Luqman angguk mengakui kebenaran kata-kata Harlina.


"Hai...boleh saya ganggu kejap?"



Di pintu Dian muncul dengan sebuah senyuman.








































Teaser 5


“Kenapa saya tak boleh Ustaz?”

Mukhriz pandang wajah mulus di hadapannya ini. Seorang gadis berselendang panjang berwarna biru muda entah dari jenama Ariani, Fareeda atau Naelofar, Mukhriz tak pernah tahu. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Wajah Dian dipandang lagi bersilih ganti dengan wajah Dian dan Ariana.


“Dian, setiap perjalanan hidup kita ini sudah di tentukan di Lauf Mahfuz lagi. Bukan ditangan saya, awak, Luqman atau siapa-siapa sahaja. Saya amat memahami apa yang ada dalam hati awak. Cuma Allah tak mengizinkannya Dian untuk dimakbulkan permintaan awak.”

Bukan mudah untuk untuk dia bercakap dengan Dian tentang hal ini. Kalau bukan kerana Luqman Harith itu sahabatnya dia juga tidak mahu masuk campur sesuatu yang bukan urusannya.

“Kenapa Ustaz? Hanya untuk satu tempoh yang sekejap. Yang sedikit sahaja kenapa saya tak boleh?”
Dian terus bertanya.

“Dian, jodoh bukan di tangan kita.”

“Tapi Luqman pernah menyintai saya.”

Mukhriz tersenyum.

“Itu kisah lama sebelum Allah pertemukan Cempaka dan Luqman. Kisah tu dah berlaku bertahun-tahun sebelumnya. Takkan tergamak Dian mahu meruntuhkan sebuah masjid yang di bina dengan kasih sayang?”

Dian menunduk. Matanya bertakung.

“Saya tahu Ustaz kalau cinta Luqman bukan lagi pada saya. Saya yang bodoh kerana buatkan dia jauh daripada saya. Tapi percayalah Ustaz, saya ingin kembali dalam hidupnya bukan kerana cinta…”

“Saya faham niat Dian. Dengar apa yang saya nak ceritakan ni… Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Iaitu mentaati perintah suaminya. Adapun wanita yang telah meninggal sebelum bersuami, maka dia akan dinikahkan oleh Allah Azza Wa Jalla di syurga dari seorang laki-laki di dunia yang Allah kehendaki, berdasarkan hadis Nabi. Kenapa Dian harus takut?”

Mukhriz alihkan sedikit pandangannya bila mata Dian mencari anak matanya. Bukankah bertemu pandang dengan wanita yang bukan mahram itu tergolong dalam zina kecil. Dian tersedu-sedu. Ariana cepat-cepat gosok belakangnya untuk menenangkannya.








2 comments: