PROMOSI



TERBARU

Saturday, January 13, 2018

LOVE STORY




LOVE STORY

ZHAFHAN FIRDAUS, bukan dia tak pernah jatuh cinta pada mana-mana wanita. Namun cinta itu tidak kesampaian. Akan datang seorang wanita yang dikirim Tuhan nanti, kata ibunya. 

“Depa mai pinang Han untuk anak depa, Rindu Harlina.”

Sungguh dia tidak pernah bertemu empat mata dengan yang empunya nama. Namun bila nama ‘Rindu Harlina’ terbit dari mulut si ibu hatinya tiba-tiba merindu. Kata Kak Long mereka berdua tidak sekufu. 

Kenapa tidak di terima sahaja Naila yang lama menanti? Tapi kata Zhafhan jodoh itu adalah rahsia kepunyaan Allah. Kak Long membantah lagi ,melangkau adat lelaki di pinang wanita. Zhafhan sola, bagaimana dengan Siti Khadijah yang pinang Rasullah dulu?

Pinangan itu diterima, sejak itu nama ‘Rindu Harlina’ menjadi zikir di bibir Zhafhan Firdaus.


Namun hatinya tertanya kenapa ibu dan ayah gadis itu sanggup meminang dia sebagai zauj. Kenapa dia yang menjadi pilihan?


Betullah kata orang, cinta selepas nikah nikmatnya bagai ada dalam syurga dunia. Zhafhan bukan sahaja pelindung malah lelaki itu sabar mengajar Rindu Harlina pelbagai benda.


“Terima kasih tolong saya ikat kain batik tadi dan terima kasih kerana awak tak pernah marah bila saya buat silap.”


“Sebab saya sayangkan Rindu. Suami itu bukan sahaja menyayangi tapi harus memelihara maruah seorang isteri.”


“Kalau hati Rindu sakit, saya juga akan terluka.”


Rindu sabar menahan segala kata-kata nista dari Kak Long dan menahan perasaan dari Naila yang tak henti mengemis cinta Zhafhan. Namun dia bukanlah wanita yang kuat untuk terus menjadi seperti Siti Aisyah.


‘Aku tak mahu kehilangan Rindu kerana dia adalah cinta terindah anugerah dariMu.’ - Zhafhan Firdaus
‘Rindu sayang dan cintakan Zhafhan sampai mati’ – Rindu Harlina


Rindu dan Zhafhan mampukah kisah cinta terindah ini berakhir bagai dongeng sang puteri terdahulu?











































No comments:

Post a Comment