PROMOSI



TERBARU

Friday, August 11, 2017

Kisah Viral : Hud dan Asyikin


Siapa yang mengikuti FB KRT pasti mengetahui kisah Hud dan Asyikin. Kisah ini antara yang paling sweet dalam kisah-kisah benar dlm KRT.

Alhamdulillah.. Sophilea Novelis berjaya mendapat permisi daripada mereka berdua untuk adaptasi kisah mereka ke sebuah novel. Subhanallah.

Kalau novel Anugerah Terindah, beliau dapat menyiapkan karya itu selama 19 hari... tak mustahil karya yang menjadi viral ini dapat disiapkan segera.

Semoga kisah-kisah seumpama ini memberi aura positif dan kasih sayang kepada semua pasangan suami isteri.



Saya dah dapat green light darI HUD

CINTA HUD BUAT ASYIKIN
(Dari kisah benar seperti pengakuan yang di buat di laman KRT)

Siapa sangka mereka akan jatuh cinta? Betul lah cinta itu buta. Cinta itu tak pernah pandang siapa dia, apa atau kenapa. Di jodohkan bersama Hud, sepupu yang kononnya mahu menutup aib keluarga dengan fitnah yang belum tentu benarnya. Asyikin dalam sedih dan duka menerima Hud yang bukan siapa-siapa sebagai suami. Hud hanyalah seorang lelaki biasa yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami Asyikin demi menutup aib keluarga.

Perkahwinan yang di atur keluarga buatkan Asyikin sedikit kekok. Berkahwin dengan sepupu sendiri buatkan lidahnya kadang-kadang kelu untuk bersuara. Seperti dalam perjanjian, sampai waktunya Hud harus melepaskan Asyikin. Hud akur dengan perjanjian namun sepanjang menjadi suami Asyikin dia tetap tunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Nafkah Asyikin tetap di hulurkan walaupun dia bukan lah orang berada. Sedikitpun Asyikin tidak pernah di sentuh kerana dia tahu Asyikin bernikah dengannya kerana keluarga. Hidup berdua buatkan Asyikin mengagumi Hud. Berbulan bersama, fitnah yang di lempar semuanya dusta belaka. Si ayah mula menunjukkan kuasa. Hud harus lepaskan Asyikin. Namun siapa sangka siapa menduga hati saling suka jiwa saling jatuh cinta cuma takut untuk berbicara. Asyikin buat satu pengakuan di dalam satu laman sosial tentang perasaanya pada Hud dan betapa dia tak mahu Hud lepaskan dia pergi.

"Seronoklah banyak likes kan. dah kemas barang saya ambik esok. macam tak ada rumah sendiri." marah Hud lewat mesej.

Asyikin risau kalau Hud dah baca luahan dia.

‘Hud saya menyintai awak tapi saya tak mampu untuk luahkan. Tolong Hud jangan lepaskan saya pergi.’

Hud terbaca. Bibirnya mengukir senyuman. Berbulan serumah meski tidak sekatil tangannya tidak bertepuk sebelah.

‘Syikin awak tahu tak betapa seksanya menahan hati dan perasaan menolak hati saya yang menyintai awak?’

Saat tahu hati Asyikin juga ada padanya Hud hantarkan satu pesanan. Cuma dinding bilik yang jadi pemisah.

“Habis tu nak tukar nama apa kat whatsap ini? Kalau sayang cepat datang bilik sebelah peluk saya.”
Asyikin gembira. Ya dia mahu hatinya dan hati Hud menjadi satu. Namun , mampukah mereka berhadapan dengan keluarga. Sedangkan perjanjiannya Hud harus melepaskan Asyikin.

“Syikin walau apapun Asyikin tetap isteri saya. Saya tak akan pernah lepaskan Asyikin pergi. Ini janji saya. Janji seorang zauj buat zaujahnya.”

Airmata Asyikin mengalir dalam cintanya buat Hud.

Cinta itu datang tanpa di pinta…hadir tanpa perlu di paksa.

#HudAsyikin

Sila like FB Page TINTA GLOBAL untuk mengetahui update terkini kisah HudAsyikin.




No comments:

Post a Comment