PROMOSI



TERBARU

Monday, August 14, 2017

KISAH HUD DAN ASYIKIN : EKSKLUSIF


Kisah Hud dan Asyikin telah menjadi VIRAL di laman media sosial sejak beberapa hari yang lalu. Ia bermula daripada Asyikin yang berkongsi kisahnya di FB KISAH RUMAH TANGGA (atau shortformnya KRT) tentang perihal  DIPAKSA BERKAHWIN DENGAN SEPUPUNYA SENDIRI BAGI MENUTUP AIB KELUARGANYA KERANA DIA DISAHKAN "MENGANDUNG" OLEH DOKTOR.

Anda boleh membaca kisah awal mereka di sini (Klik di bawah)

PART 1   PART 2   PART 3

Kisah viral #HudAsyikin telah memberi inspirasi kepada NOVELIS SOPHILEA untuk membawa kisah benar mereka ke bentuk novel. Alhamdulillah.. ia mendapat keizinan daripada HUD DAN ASYIKIN sendiri.




Sebelum itu kami ingin memperkenalkan FB PAGE KISAH RUMAH TANGGA. Jika kita search KRT di Facebook memang ada beberapa PAGE yang tersiar. Yang pasti, Kisah #HudAsyikin tersiar pada page yang atas sekali yang mempunyai 1,096,564 likes itu. OK.. lihat betul-betul yer gambarnya..




Ramai yang bertanya, bagaimana nak PM Admin KRT kerana tiada icon "SEND MESSAGE" di situ. 

Ini jawapannya...

"Maaf sis. Inbox KRT di buka  jam 8.00PM - 6 AM."




Novelis Sophilea atau kami memanggilnya Maz (Nama sebenar penulis ialah MAZNI OTHMAN) kini memang sedang menemuramah dan berbincang ngan HUD sendiri bagi mendapat cerita sebenar untuk dimuatkan dalam novel terbaru ini.

Ianya memang KISAH BENAR!! Namun ada yang mempertikaikan kesahihan cerita ini. Ada yang mengatakan, kisah ini direka-reka.


Di bawah ini ialah bukti tentang kisah bermulanya bagaiman Asyikin menghantar kisahnya ke Admin KRT dan kisah mereka ini telah disiarkan di FB KRT pada 11 Julai 2017. Apabila Hud menjumpai fake akaun ini, dia pula telah menghantar kisahnya di sini juga.










Harap para pembaca yang masih meragui kisah sebenar ini memahami kisah dan jalan cerita ini. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau tidak.

Insya Allah, novel yang akan ditulis ini bertajuk "Bukan Sekadar Lafaz". 

Pihak Tinta Global yang bertanggungjawab tentang projek ini akan memaklumkan pre-order naskah novel ini tidak lama lagi. Insya Allah.



ADMIN



No comments:

Post a Comment