BUKAN SEKADAR LAFAZ
Beberapa tahun dahulu tatkala jiwanya masih remaja hatinya belum mampu berbicara soal cinta…
“Kau nak kahwin dengan aku?” Usik Hud tatkala Asyikin sedang tekun memandang neneknya siapkan minuman petang.
Asyikin menjeling.
“Tak ingin.”
Hud ketawa. Dia masih pandang Asyikin yang cantik. Asyikin yang comel dan Asyikin yang bibirnya bagai ulas limau.
Wajahnya tak bujur tak bulat. Bila dia tanggalkan kaca matanya suka benar Hud memandang sepasang anak mata hitam itu.
“Eleh tak nak konon. Tengoklah satu hari nanti kau kena kahwin dengan aku juga.”
Kulit limau mandarin yang di kupas seketika tadi di baling pada Asyikin. Kena pipi. Asyikin kesat pipinya.
“Kau ni kenapa, Hud? Nenek tengoklah Hud ini.”
Asyikin mengadu. Hud masih ketawa. Bukan selalu dia dapat bergurau dengan Asyikin. Sesekali bila balik ke mari atau bertembung di majlis keluarga barulah bersua muka. Ya lama benar dia menyimpan rasa. Tapi akur kalau dia masih remaja belum betah memperkatakan soal cinta.
Nenek Sofiah pandang Hud dengan mata yang tajam. Beri amaran.
Dia tahu Asyikin tak suka bila Hud menyakat.
Pernah sekali Asyikin menangis teruk bila Hud letakkan seekor katak dalam beg nya. Kejadian itu buatkan Asyikin tak suka dengan Hud. Asyikin cucunya yang sedikit pendiam berbanding cucu yang lain.
“Apa yang bergaduh saja ini. Sudah jangan nak bergaduh sangat. Bergaduh hari ini esok-esok jadi suami isteri.”
Nenek Sofiah menambah. Kuih tepung pelita siap di meja. Buat minum petang bila sesekali anak cucu muncul di rumah pusaka ini.
“Tengok nenek pun sokong aku. Nenek betul tak kalau kita bencikan orang nanti lama-lama kita jatuh sayang?” Dia bercakap dengan Nek Sofiah tapi matanya memandang anak gadis pak ngahnya yang menginjak ke usia 17 tahun ini.
“Eh tak kuasa lah nak sayang kau. Spm pun belum lepas.”
Asyikin masih merungut. Lantas kakinya di bawa naik ke atas. Bersama sepupunya yang lain. Hud masih di meja makan dengan ketawanya yang masih bersisa.
“Tak baik kamu usik Syikin tu. Kesian dia.”
Marah-marah sayang seorang nenek.
“Saja je nenek. Lagipun Hud suka tengok Syikin tu marah-marah.” Bibirnya masih mengukir senyuman. Soal hati harus di pendam lagipun siapalah dia nak bergandingan dengan anak seorang usahawan meskipun bapa saudaranya sendiri.
Hud segera bantu neneknya menyusun cawan dalam talam.
“Kalau ada jodohpun nenek suka. Tapi belajar dulu, Hud. Habiskan Universiti dulu.”
Hud angguk. Itulah cita-citanya. Mengejar ilmu. Meskipun hatinya bergetar sedikit bila bergurau dengan Asyikin seketika tadi.
HUD lengkap berpakaian baju melayu dari kain satin berwarna ungu. Dia duduk sekejap di sofa menghilangkan sedikit rasa debar yang menghambat jiwa. Entah berapa ratus zikir di baca dan di ulang. Sesekali mataya bertembung dengan kaum keluarga dia dan Asyikin yang memenuhi ruang tamu rumah tok ayah ini. Hanya dalam 20 orang . Keluarga lain langsung tak di beritahu.
Di luar gelap malam semakin menebarkan usianya.
Hud tahu majlis ini bukanlah majlis yang di tunggu. Majlis ini bukanlah majlis seperti perkahwinan sepupu-sepupunya yang lain.
No comments:
Post a Comment