PROMOSI



TERBARU

Wednesday, August 16, 2017

BUKAN SEKADAR LAFAZ: PROLOG HUD


PROLOG HUD

Kahwin? Nikah? Berumahtangga? Dalam usia aku yang masih di kira mentah ini?

Hud mengeluh sendirian. Sesekali matanya liar memerhati aliran sungai yang sejuk mencengkam tulang temulang. Entah apa yang membawa dia ke sini. Yang pasti saat ini dia mahu bersendirian. Menghabiskan hari-hari terakhirnya menjadi bujang sebelum bergelar seorang ‘habib.’


‘Habib?’

Dia tersenyum sendiri bila perkataan itu melintas di fikiran. Entah dari mana dia jumpa perkataan habib itu.

Bibirnya mengukir senyuman. Sungai yang jernih di kocak airnya dengan tangan. 

Jeans biru tua yang di pakai di lipat ke paras betis. Kakinya sengaja di rendamkan ke dalam air. Ada anak-anak ikan berenang dalam sungai yang jernih. Seronok bermain kejar-kejaran barangkali.
“Asyikin…”


Nama itu bukan baru meniti di bibirnya. Sejak dia masih baru mengenal dunia. Sejak dia membesar dan sesekali bertemu. Ya Asyikin bukan gadis yang asing pada dia. Dia melihat Asyikin membesar melewati waktu yang sama dengan dia. Wajah Asyikin dari dulu sehigga kini tak berganjak sezarah pun kecantikannya. Meskipun jarang benar senyumannya di lemparkan buat Hud.

Masakan gadis sebaik dan secantik Asyikin mahu berkawan dengan dia yang kasar dan suka menyakat. Pastilah Asyikin mahu memilih lelaki yang seribu satu kali lebih baik dari dia.

Hudzaifah tersenyum sendirian. Entah berapa lama dia di sini. Bukan menghitung detik untuk meninggalkan dunia ‘bujangnya’ tetapi menghitung debaran untuk menjadi ‘zauj’ Asyikin.

“Orang cakap bakal pengantin tak elok termenung jauh-jauh.”

Ranting kecil yang di lempar Khalid terkena belakangnya. Hud menjeling.

‘Sibuk je dia ini.’

“Kenapa?”


Khalid ambil tempat di batu besar sebelah Hud. Matanya memandang sahabat dari zaman universitinya lagi ini. Sungguh dia terkejut bila Hud bagitahu yang lelaki ini bakal bernikah. Dengan seseorang yang tak pernah ada jalinan cinta dengan nya. Tapi dia kenal siapa Hudzaifah Razihan.

Biasalah siapa tak berdebar nak jabat tangan tok kadi. Kalau kau tanya orang yang dah kahwin dua dan tiga itu pun jantung dia macam nak putus nak jabat tangan tok kadi kali ke 4. aku pulak baru first time. Mestilah debarannya lain macam.”


Khalid tersenyum. Dia tahu jauh di sudut hati sahabatnya ini tersimpul kisah lain yang cuma di simpan sendiri. Ya biar sahaja hati Hud menyimpan khazanah rahsia itu. Ada rahsia yang tak perlu di ceritakan ada kisah yang cuma jiwanya yang tahu. Cuma telinganya sahaja yang mendengar. Itu adalah bicara antara hati dan jiwa. Tak perlu di canang satu dunia.

Hud pandang seberang sungai. Pohon-pohon besar merimbun.


‘Ya Allah semoga aku mampu menjadi seperti pohon itu memayungi Asyikin, melindungi dia sehingga akhir nafasku.’

Takdir itu jarang sekali seperti yang kita mahukan namun tatkala hati kita redha dengan pilihan yang DIA berikan sesungguhnya takdir itu adalah yang terindah dalam hidup manusia.’

“Asyikin….tunggu aku sebagai pelindungmu."





No comments:

Post a Comment