PROMOSI



TERBARU

Sunday, June 4, 2017

Seindah Cinta Raisa


Tajuk: Seindah Cinta Raisa
Penulis: Sophie Sophilea
Penerbit: Intens Idea 
Harga: RM25 (SEM)// RM28 (SS)





Teaser 1
“Kalau dah asal orang gaji, kat dapur jugalah kan.” Suara herdikan halus Zahnita menyambar gegendang telinganya. Raisa berpaling.
“Minta maaf ya. Aku bukan orang gaji. Tak pernah pun jadi orang gaji.”
Kak Tipah cuba sabarkan Raisa.
Zahnita ketawa mengejek.
“Orang bila tak pernah hidup senang sekali dapat macam kaduk naik junjunglah.”
Hati Raisa mula panas.
“Atau kau yang cemburu gila sebab tak dapat kahwin dengan Zarul? Impian berkecai tu yang meroyan macam orang mati laki malam ni.”
Bagi Raisa kalau orang tak ada adab, jadi dia pun tak perlu nak bersopan santun dan beramah mesra.
“Kau jangan nak melebih. Baru berapa jam saja kau jadi ahli keluarga ni. Tapi belum tentu kau akan duduk kat sini sampai bila-bila. Kau belum kenal siapa Zarul Haqq.”
Raisa tarik nafas. Cuba sabarkan diri. 
“Malaslah aku nak layan kau. Layan laki aku lagi baguslah.” Raisa menjeling seketika sebelum berlalu dari dapur. Sempat dia menangkap kata-kata Zahnita.
“Zarul tu tak lama pun dengan kau.”
Raisa buat tak kisah. Terus sahaja dia naik ke tingkat atas.
Raisa buka pintu yang tertutup rapat. Hatinya berdebar-debar.
“Cool Raisa... Cool. Dia dah jadi suami kau lah.” Raisa pegang dadanya yang berdegup kencang. Kakinya menggeletar sedikit. Perlahan-lahan tombol pintu dibuka. Raisa nampak Zarul berdiri menghadap ke luar jendela. Baju Melayunya sudah bertukar kepada t-shirt putih yang melekap di badan dan seluar paras lutut berwarna merah.
“Seksi gila,” ucap Raisa nakal tapi perlahan. Yalah, selalunya t-shirt longgar dan seluar pun, seluar yang sampai buku lali.
Pintu dirapatkan kembali. Perlahan agar Zarul tidak dengar.
“Assalamualaikum.” Raisa bagi salam. Salam yang sepatutnya diucapkan oleh suami pada malam pertama perkahwinan. Tak kisahlah kan siapa yang mulakan dulu.
Zarul berpaling.
“Waalaikumussalam.” Tangannya dihulurkan. Raisa masih teragak-agak. Anggukan daripada Zarul buatkan dia berani untuk melangkah. Perlahan-lahan jemari Zarul dicapai dan digenggam. Zarul tarik tangan Raisa merapati dirinya. Jemarinya dilepaskan dari pegangan Raisa. Kemudian dilingkarkan ke pinggang isterinya itu. Mata Raisa dipejam dan dibuka kembali.
“Terima kasih kerana sudi jadi suami saya.”
Raisa dapat rasakan pegangan di pinggangnya semakin kejap.
“Terima kasih juga kerana menjadi isteri saya, Nur Raisa.” Zarul bagai berbisik. 
“Janganlah romantik sangat macam tu... Berdebar saya tahu.”
Aduhai Raisa, masa romantik macam ini buat lawak pula.
“Kata nak bercinta, kan?” 
Raisa ketawa.
“Yalah, bercinta pun bukan bermaksud perlu jadi romantik. Jadi natural sudahlah.”
Raisa tarik tangan Zarul dan duduk di katil.
“Saya tak akan paksa awak.” 
Zarul kerutkan keningnya. Mula-mula dia kurang faham dengan maksud Raisa tapi akhirnya dia tersenyum.
“Bukan selalu suami ke cakap macam tu?”
Raisa mengangguk dan tersenyum.
“Sesekali kita tukar tradisi tanpa membelakangkan agama, tak salahkan?”
“Kalau macam tu Raisalah mulakan dulu.”
Raisa pandang Zarul. Pelik.
“Mulakan apa?” 
Senyuman nakal Zarul buatkan Raisa pukul dada Zarul setelah dia mengerti.
“Apalah awak ni.” Raisa ketawa. Tiba-tiba Zarul kembali memegang jemarinya.


Sinopsis




INGATAN Zarul Haqq sangat teguh untuk arwah Aliya. Bertemu Raisa sebagai pengasuh sementara Amzar, anaknya buat dia membara selalu kerana Raisa dan arwah Aliya bagai langit dan bumi.
KATA Raisa saat sesuatu hadir dalam dirinya…

Cinta itu hadir setiap saat. Cinta itu terasa dalam keindahan. Cinta itu terucap dalam senyuman. Cinta itu bersinar dengan tatapan. Cinta itu hangat dalam dakapan. Cinta itu menyengat lewat belaian.
RAISA berjiwa seni namun selalu cakap lepas, bersahaja, kadang-kadang tak dengar kata. Tapi Raisa juga suka berangan dan perasan…

“Macam ni... Mama Encik Zarul minta saya sampaikan. Dia kata Encik Zarul perlukan seseorang dalam hidup Encik Zarul. Senang cakap Encik Zarul kena kahwin lagi. Datin ada cakap juga dia berkenankan sepupu Encik Zarul, siapa entah tak ingat namanya atau dengan Dian, kawan Encik Zarul tu. Kalau Encik Zarul pilih salah seorang mesti Datin akan gembira.”

Tapikan kalau Encik Zarul pilih saya... Ya Allah, saya memang happy gila.
Raisa ketawa tiba-tiba.
“Awak ketawa, kenapa?”
“Eh, tak ada apa-apalah. So macam mana Encik Zarul dengan permintaan mama Encik Zarul tu? Macam ni lah, tak baik hampakan hati orang tua. Tak masuk syurga kalau menderhaka.”
Zarul jeda sekejap.
“Tapi Encik Zarul, kalau menolak pun okey juga. Saya ada peluang.” Tanpa sedar Raisa terlepas cakap.
“Awak cakap apa?”
“Er... Tak ada... Tak ada apa-apa.”

Raisa pejam mata sekejap. Mujur sahaja Zarul tak dengar.


‘AKULAH pemenangnya!’ Itulah jeritan hati Raisa saat ijab kabul. Namun, bayangan arwah Aliya bukan mudah dihapus. Kemunculan Melina menggigit hati. Kerana Amzar, rumah tangganya bergoncang…
“Maafkan abang bila diri ini tak sempurna untuk Raisa.” – Zarul


“Dalam dada ku berharap hanya dirimu yang bertakhta.” – Raisa



No comments:

Post a Comment