PROMOSI



TERBARU

Sunday, June 4, 2017

Nota Buat Cempaka




NOTA BUAT CEMPAKA
RM26 (SM)/ RM29 (S/S)


BUTIRAN BUKU :
Penerbit : Intens Idea 
Halaman : 680 ms

Sinopsis

“MANA mungkin Doktor Luqman Harith jatuh cinta pada Staff Nurse Cempaka Elina?”

NAMUN mereka bertunang juga. Berbulan bertunang, Luqman senyap. Tiba-tiba sahaja, mereka satu hospital, satu wad. Cempaka kalut. Tunang dinginnya yang kayu ini dekat sangat dengan dirinya. Hati masih libang-libung, tapi keluarga Luqman ajukan mereka dinikahkan cepat. Nikah gantunglah mereka, bak kata orang-orang tua. 

“Saya tak nak jadi perampas. Lebih baik doktor bagitahu family doktor yang kita batalkan majlis kita. Kita berpisah.” Cempaka berterus terang.
“Perampas? Rampas dari siapa? Atau sebab Mathew?”
Cempaka menjeling. “Mathew tak ada kena mengena dengan hal saya dan doktor.”
“Bila dia ada kaitan dengan Cempaka sudah tentu dia ada kena mengena dengan saya. Cempaka isteri saya, tak ingat? Memanglah tak ingat sebab gelang nikah pun tak pernah pakai. Cincin tunang pun kejap pakai kejap tak. Takut sangat agaknya saham jatuh.”
“Di hospital, memanglah tak boleh pakai.” Cempaka menjawab.
“Luar hospital, pernah pakai?”
Cempaka gigit bibir.
“Kenapa gigit bibir? Nak saya gigitkan?”
Merah menyala wajah Cempaka apabila Luqman cakap macam itu. Ya Allah rasa nak menyorok dah ini. Luqman pula tayang muka selamba. Tersenyum gatal pula dia. Eiii… Teruknya dia.

SAAT Cempaka mengulit bahagia dengan cara tersendiri versi Doktor Luqman… Dia dikejutkan dengan bicara suaminya di malam majlis persandingan mereka…
“Kenapa? Kenapa mesti ada ikatan antara saya dan awak andai hati awak untuk yang lain, Luqman? Kenapa perlu dirantai saya kalau saya bukan sesiapa, Luqman?” - 

APABILA sudah serumah, sebilik, sekatil…
“Cempaka Elina... Tiada istilah kesilapan bila abang terima Cempaka sebagai tunang, sebagai isteri abang yang sah. Tiada ungkapan silap atau salah bila kita dijab kabulkan. Semua ini ketentuan dari Allah, Cempaka.– Luqman Harith

MENYEDARI dirinya pilihan kedua Luqman, calon kehendak keluarga… Ke mana harus dia pergi namun jiwa Cempaka terubat dengan nota-nota misteri yang sentiasa mendatanginya… Dan, siapa pula Fikri, Dyja dan Mathew yang mencelah dalam hubungan mereka?




Komen Ratu Bako @ Kak Wan

Done Nota Buat Cempaka (NBC) dalam masa 5 jam. Sebuah novel yang mempunyai MOMENTUM membaca tanpa henti! Semua rasa ada. 
Rasa romantik
Rasa sweet
Rasa Bahagia
Rasa Kekeluargaan
Rasa dalam hospital (ada bau ubat)
Rasa benci dengan Dr Luqman dan Cempaka juga
Rasa geram kepada penulis Sophilea Darnisya
Rasa nak masuk dalam novel tue dan JERIT KUAT KUAT.... “WEIIIII korang berdua sayang sama sayang lah....cukup cukuplah PRASANGKANYA... KAK BURN BAGI PENAMPO BOYA JUGAK nanti!” umpama kata abby sha CAKAP CAKAPP CAKAPP CAKAPP! Abby Sha
RASA NAIK ROLLER COSTER – sampai lepas baca dua jam pun masih rasa berdebar-debar bukan setakat jantung malah hempedu dan salur darah pun rasa nak pecah...SEBAB MACAM NAK BAGI

Doktor Bajet Bagus tue Pelempang berdas das!.

Oklah, kak burn buat rebiew ringkas jer sebab tangan masih ketar nak lempang orang!. Kisah antara Dr. Luqman Harith yang dijodohkan dengan Cempaka Elina atas pilihan keluarga. Awal-awal jer Dr. Luqman ala-ala sombong bajet jejaka idaman Malaya ialah perasan hensem kan. Lepas si Cempaka Cun nak kena usha dengan Dr Mathew, tau pulak hang tergugat yer. Cepat-cepat suruh cepatkan tarikh pernikahan. Nikah gantung! Nikah gantunglah sangatkan.....tau dek mummy mampus korang ....kak burn nak reportlah apa korang buat kat hutan baling nun.........Selepas berkahwin, tibalah pulak merenyamnya si Dr Luqman ni. Sampai sanggup panjat Balkoni tingkat 2. Nasib hang tak jatuh Doktor weh...kalau tidak meranalah si Cempaka yang Cun Jelita tue kan. Si Cempaka ni pun satu hal. Lemah naaa...memang nak kena pergi kaunseling. Cuba cakap yang ang tue dah jatuh cinta tahap kebabom dengan hubby tersayang. Ni tidak pendam... pendam...Bila si suami mula ada aura aura nak kawin lain dengan si Dyja mulalah nak mengundur diri...aduhai Cempaka...kak burn sedih ni tau...nak nak bila ang balik dari hospital selepas pembedahan dengan jalan kaki......ye ke jalan kaki?

Lagi satu, sesuai dengan tajuknya, NOTA BUAT CEMPAKA, setiap ketika apabila Cempaka menghadapi masalah akan muncul lah nota yang terselit di mana-mana, atas mejalah, bawah pintulah, atas fail pesakitlah. Jejaka mana pulak yang menghantar NBC ni kepada Puan Cempaka kita? Antara catatan pada Nota tersebut ialah :

“Cuma memandang awak dari sisi tapi sudah cukup bermakna buat saya”
“Baru ku tahu kenapa bangunku pagi tadi seceria mentari yang terbit, Rupanya akan berjumpa matahariku di sini.”
“Ingin sekali menarik awak dan datang dalam pelukan saya...Cukuplah ia hadir dalam angan”
“Kita dekat tapi jauh”
Persoalannya.....
1- Siapakah penghantar NBC ini kepada jururawat manis Cempaka Elina
2- Siapakah Dyja yang menjadi pesaing kepada Cempaka?
3- Berjayakah Dyja merampas kebahagiaan Cempaka dan Dr Luqman?
4- Adakah Nota Buat Cempaka yang tiba di waktu Cempaka gundah gulana menjadi penyelamat kepada rumah tangga mereka? adakah pesaing dr lukman?

Banyak lagi persoalan-persoalan yang bakal terjawab dengan memiliki naskhah Nota Buat Cempaka ini. Boleh beli dan dan baca... boleh masuk list dalam senarai pembelian.... Bagi kak burn penulis telah Berjaya membuatkan pembaca BERASA GERAM YANG TERAMAT KEPADA DR LUQMAN dan penulis telah berjayalahhhhhh....kak burn BENCI TAU. dan umpama kat dek Jumay Juetak payah nangeslah sangat kannn....sediakan apa yang patut utk lepuk si DR LUQMAN....
dah dah dah cepat cepat order dengan Intens Idea Fauziah Ashari...




No comments:

Post a Comment