PROMOSI



TERBARU

Sunday, June 18, 2017

Kerana Kau Aku Kembali


Tajuk : Kerana Kau Aku Kembali
karya Sophilea Sophie
Keluaran : May 2017
Terbitan : Karnadya Publishing
Harga : RM22 SM /RM25 SS (tidak termasuk pos)


KERANA KAU... AKU KEMBALI - Sophilea


KAU bangkitkan aku dari lena aku yang panjang. Ratusan purnama berlalu, saat kau mengukitkan kata cinta dan kini aku kembali menuntut sebuah janji.

Naili, dendam itu adalah luka yang sangat parah. Saat kau bersendirian, merEka akan datang sebagai sahabat dan kawan. Tapi syaitan dan Iblis adalah penipu yang sangat licik. Mereka bukan teman tetapi adalah musuh yang akan merosakkan jasad dan jiwamu.

Naili di jiwanya penuh dendam. Dia mahu mengusir semua manusia yang penuhkan hatinya dengan kebencian. Satu saat di waktu bersndirian, lelaki itu muncul sebagai kawan. Dan kemudian iblis itu pula muncul dengan satu perjanjian.

7 helai rambut perawan mati dibunuh beserta tujuh titisan darahmu adalah perjanjian yang kita akan pateri. Naili, kau akan jadi milik aku dan aku akan bersamamu sehingga mati.

Dalam gelap malam tujuh helai rambut perawan mati dibunuh diambil. Dicampur tujuh titisan darahnya. 
Si iblis tersenyum megah. Seorang lagi anak Adam bakal diheret bersamanya ke neraka. Hari demi hari, dia menjadi penjaga pada Naili. Setiap teman yang mendampingi Naili buatkan dia membenci.

“Wan...tolong pos kat aku sebuah buku ini....buku seramkan?” Tiada siapa disisinya. Tapi suara siapa yang menjelma.

waktu Mak Wan nampak Adam yang bertukar menjadi makhluk hodoh di dapur sedang meratah daging mentah diatas meja, dia pengsan.

Di rak televisyen Jumay nampak seekor pontianak sedang duduk sambil menyanyi lagu yang menyeramkan.

Waktu lena Aisyah diganggu dengan suara

Satu dah tidur...dua dah tidur..tiga dah tidur...empat pura-pura tidur ya?

Mereka dalam ketakutan apatah lagi bila seorang lelaki minta Ayman mencarikan kepalanya yang hilang. Sesat di hutan menghampiri rumah syaitan yang penuh dengan ketakutan.

Naili terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janjinya pada naili? Dan ustaz Zakuan yang selalu menganggu ketenangan dirinya. 

Satu ketika Naili dibawa pergi jauh ke alam lain. Cuma jasad dan nafasnya sahaja yang tinggal di dunia nyata. Naili dibawa pergi oelh Hibni yang meminjam jasad Megat yang sudah mati ratusan tahun dahulu untuk persembahkan Naili kepada Raja Iblis. Sebagai pertukaran kepada hidupnya yang abadi.

Nenek tua yang menjadi pendamping Naili merayau-raua tanpa tujuan mencari tuannya hilang.
Mampukah Zakuan memecahkan perjanjian syaitan itu. Mampukah Zakuan membawa Naili kembali pulang ke dunia nyata.

‘Takdirkan aku untuknya dan aku akan bawa dia jalan ke syurga.’

Iblis itu tidak pernah lelah dalam menghancurkan jiwa dan hati manusia. Mereka ada dalam dunia yang sama, namun dimensi yang berbeza.







Kklik link dibawah untuk membaca bab-bab awal di wattpad





komen pembaca:



05/07/2017
KERANA KAU... AKU KEMBALI
SOPHILEA
KARNADYA / 391 ms
pujian harus diberikan buat puan penulis Sophilea Novelis yang sebelum ini kuat berdiri dengan karya cinta, kali ini beralih arah mencuba genre seram. idea yang sangat menarik dari puan penulis tapi sepanjang pembacaan ada sesuatu yang bermain difikiran. jadi setelah bertanya secara peribadi barulah faham kenapa. nak tau apa dia?.. hehe...
mengisahkan naili, seorang gadis yang sering ditidakkan hak sebagai anak. Kakaknya hanis suka mengadu domba dan memutar belitkan kisah membuatkan dia didera. dia menyimpan dendam dalam diam dan tanpa disedari dendam memakan diri. bila sering bersendirian, dia mula tergoda dengan hasutan syaitan. perjanjian dimenterai dan tanpa sedar dia mula menjadi tunggangan iblis laknat. dan lagi, bila dia terjumpa dan memakai gelang yang bukan miliknya dia mula diekori...
puan penulis sememangnya merangka cerita dengan baik dan memang terserlah semua kajian dan homework yang dibuat sebelum menulis kisah ini. tapinya, bila baca akak terasa bukan seperti karya yang dulu yang lebih kuat ketelitiannya.. setelah diberitahu, wahh... patutlah. ada kesukaran yang perlu puan penulis tempuh sebelum karya ini diterbitkan. Maaf bila akak nyatakan terlalu banyak kesalahan ejaan dan tertukar nama watak sebenarnya dalam novel ini. penyusunan cerita pun sedikit longgar dan ada seperti di tempel masuk. Walaupun agak terganggu tapi akak tak rasa rugi teruskan pembacaan kerana masih ada kekuatan dalam jalan ceritanya. bukan senang beb... nak buat satu novel bermuka surat 391 dalam masa yang singkat! akak tabik you maz!!
korang nak ke berkawan dengan naili nih? berani tak kalau malam-malam terkebil-kebil nak lelap tiba muncul menyeringai depan mata tersengih-sengih dengan pandangan yang menyeramkan? takpun nak bangun ke dapur sebab haus tiba-tiba tengok ada yang duduk kat meja meratah makanan berdarah-darah. mampu tak nak hadap bila sedap-sedap berborak masuk topik seram tiba-tiba kawan berborak cabut kepala? Haa... kawan-kawan sekelilingnya juga sering terganggu nak pulak selepas bercuti bersama ke pulau perhentian. naili tahu dan nampak setiap makhluk hodoh dan seram disekelilingnya. kawan-kawannya juga terganggu dengan makhluk durjana tersebut. kena kacau, nampak depan mata, kena gigit... adoi!.. tapikan.. hehe.. pada yang dah baca mesti ada perasan sesuatu tentang kawan-kawan naili nih. akak terasa yang watak-watak tersebut di ambil dari teman sekeliling puan penulis kan?. agak-agak betul tak apa yang akak rasa nih?.. hehe... nampak tak yang puan penulis hargai teman sekelilingnya hingga dimasukkan dalam novel. Thumbs up!!
payah sebenarnya zakuan mahu membantu naili kembali ke pangkal jalan. dalam diri naili dah lama terpasak dengan semua syaitan dan jin itu. bantuan tetap cuba di hulur. adakah berjaya zakuan menarik kembali naili yang sudah menghilangkan diri mengikut megat? kenapa zakuan beria-ia mahu jauhkan naili dari megat? manusia, seharusnya tahu yang diri jauh lebih sempurna dari syaitan dan iblis ini. janganlah sesekali walaupun sedetik dalam hati nak ikut telunjuk mahkluk durjana ini. Allah ada, apa saja berlaku sama ada baik atau buruk kembali saja padaNya. dan lagi semangat setia kawan bila kuat dan ampuh, walaupun besar kesalahan pasti tidak mampu digoyahkan. kemaafan yang diberi sungguhpun terasa pahit dan perit tapi itulah keindahan... tahniah buat puan penulis untuk karya seram pertama ini. moga akan terus hebat berkarya...
bintang? 🌟🌟🌟

No comments:

Post a Comment