PROMOSI



TERBARU

Thursday, June 15, 2017

Kerana Aku Cinta Kamu


Tajuk : KERANA AKU CINTA KAMU (KACK) 
karya Sophilea Sophie
Keluaran : Disember 2016
Terbitan : Tinta Creative
Harga : RM24 SM /RM27 SS (tidak termasuk pos)



Epilog

Raihan cuma menyendiri saat ini. Mahu sahaja rasanya dia punya sayap dan terbang tinggi ke awan, kemudian hinggap di ranting kayu. Terus menanti ‘dia’ disitu. Tapi dia cuma mampu bermimpi. Masakan dia punya sayap. Mahu berjalan sahaja kakinya kerap lelah.

Raihan berjalan perlahan ke katil. Duduk di bucu katil telefon bimbit masih di tangan. Rindunya tak usah diteka kalau di jiwanya sekarang hanya ada satu nama. Mata Raihan dipejamkan seketika. 

Membayangkan kalau saat ini dia sedang berada dalam pelukan si’dia’.

Rindu bagaikan terjebak di sebuah tembok yang tidak berpintu. Kita tak akan dapat keluar darinya. Saat aku merindu aku hanya mampu menitipkan namamu dalam setiap doaku.


Lelahnya hati saat rindu memburu di jiwa.


“Raihan...” Panggilan itu buatkan Raihan berpaling. Berkalih matanya memandang seseorang yang muncul dalam diam. Raihan tersenyum. Namun saat kakinya melangkah mendekati bayangan itu hilang. Wajahnya kembali suram.


Raihan..


Kata-kata ‘dia’ kembali bergema


...cinta dan kesetiaan teruji saat jarak memisahkan kita. Namun kepercayaalah yang mampu mempertahankannya. Merindui Raihan adalah sesuatu yang sangat indah dalam kesepian cinta saya.
...Raihan...doa itu adalah bahasa rindu dan cinta yang paling cepat untuk sampai ke dalam hati dan jiwa. Doa saya sentiasa ada untuk Raihan.


‘Allah kirimkan rindu ku padanya.’



Sinopsis

Meski ujian yang datang seluas lautan tapi Rahmat Allah tetap sahaja setinggi langit. Cinta itu kalau bukan datang dengan ujian kita tak akan dapat manisnya rindu, indahnya sayang.

“Saya cintakan Raihan dan saya pilih Raihan.”

Demi Raihan, Nazrin sanggup berkorban. Demi Raihan, Nazrin rela lakukan apa sahaja.

‘Maafkan saya Nazrin kerana saya tak mampu untuk menjadi isteri awak sedangkan ikatan kita direstui Allah.’

‘Saya tak pernah lelah menanti, tak pernah penat menunggu Raihan untuk terus menjadi yang teristimewa di hati saya.’

Mampukah Raihan dan nazrin mengharungi ujian cinta kalau yang datang itu bukan ujian biasa.

"Saya macam tak percaya Raihan ada kat sini dengan saya. Saya macam tak percaya isteri saya ada dengan saya."

"Kenapa? Bukankah wajib seorang isteri mengikuti suaminya."

Raihan senyum. Dia mahu bahagia.

"Saya sayangkan Raihan. Walaupun dah berkali-kali saya cakap tapi saya masih tetap nak cakap. Bukan dari semalam tapi dari dulu lagi. Dari saat pertama kali kita kenal. Hati saya dah jatuh pada Raihan. Bila Raihan mahu menjadi isteri saya itulah saat paling bahagia dalam hidup saya. Mencintai, menyayangi dan memiliki Raihan."
Kerana aku cinta kamu..

Ini pengorbananku..
Kerana aku cinta kamu..
Ini janjiku...
Kerana aku cinta kamu
Ini jiwaku....
Kamu hanya kamu bukan dia
Mencintai kamu sepenuh jiwa
Menyayangi kamu sepenuh hati
Membuatkan jiwa ini menemui syurganya
Biar jalan ini berliku
Aku tetap lurus memegang tanganmu
Merindu kamu
Bisa sahaja aku mendaki gunung tinggi
Kerana aku cinta kamu..





1 comment:

  1. Best eCOGRA Sportsbook Review & Welcome Bonus 2021 - CA
    Looking for an eCOGRA Sportsbook jancasino.com Bonus? At this eCOGRA Sportsbook review, we're talking 바카라 사이트 about https://deccasino.com/review/merit-casino/ a https://febcasino.com/review/merit-casino/ variety of ECCOGRA febcasino.com sportsbook promotions.

    ReplyDelete