PROMOSI



TERBARU

Tuesday, June 6, 2017

Hanya Untuk Dia



HANYA UNTUK DIA..Ain Nuraina
Harga : RM26 SM / RM29 (SS)
Halaman : 592 ms
**********************
Ia kisah Zhafran Haikal, seorg pensyarah yg jatuh cinta dengan pelajarnya. Ia kisah Zhafran Haikal yang tak tahu nak memikat namun apabila cinta dtg, perkara gila pun dia sanggup buat.
Mengekori Ain hingga sanggup menaiki bas dan memastikan dia duduk di sebelah Ain sepnjang perjalanan dari Penang ke Perak.
Melamar Ain setelah melekehkan gadis itu tidak pandai masak dan malas di hadapan pelajar-pelajar lain.
Mengherdik di dlm kelas, halau dari kelas, jirus air ke muka ketika Ain tertidur dalam kelas…
MELAMAR tanpa ada klu langsung untuk berkenalan!
Ain Nuraina membencinya. Ain Nuraina anggap dia pensyarah sewel, tak ada sivik, psiko, gila! Ain jadi lemas, dingin bagai bongkah ais kerana Zhafran lelaki yg dianggap kejam dan ambil kesempatan mengguna kuasa lantaran dia tidak melayan.
RIMAS! Zhafran sentiasa mengejarnya. Ayat-ayat manis diluah saat berdua-duaan
“Yang sakit bukannya tangan saya. Setakat nak suap nasi masuk mulut tak ada masalah pun.” – Ain Nuraina
“Saya tahu tangan Ain tak sakit. Tapi kalau Ain nak tangan saya yg suapkan, insya-Allah jari saya kuat untuk angkat sudu tu.” – Zhafran Haikal
DINGINNYA Ain Nuraina buat Zhafran sanggup lakukan lebih lagi…
“Saya mengharapkan orang lain utk jadi suami saya. Saya mngharapkn lelaki lain utk menjadi imam saya. Sampai bila-bila saya tak suka doktor.” Suara Ain tidak setinggi tadi. Bertoleransi barangkali.
“Ain, kita tidak tentukan apa yg akan terjadi esok lusa dan hari-hari yang seterusnya. Allah yg tentukan.”
Ain pandang Zhafran.
“Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya mcm ni? Apa khilaf saya pada doktor?” Suara Ain separuh sebak.
“Silap Ain cuma satu...khilaf Ain kerana...kerana saya jatuh cinta pada Ain.”
BAHAGIAKAH pasangan ini apabila ego Ain melangit hingga dia tidak nampak sekelumit pun kejujuran dalam diri Zhafran terutama saat muncul Dr. Dania dan Irma yg jatuh hati terhadap Zhafran Haikal.





Scene kat tepi sungai

Tiba-tiba dia terasa bahunya ditepuk dari arah belakang.Lantas dia menoleh.Dan alangkah terkejutnya bila melihat Zhafran sedang tersenyum kearahnya.Ain mengalihkan pandangannya semula ke arah perkhemahan tadi.

Tidak perlu dia tanya dari mana Zhafran tahu dia berada disini.Pasti Syikin yang memberitahu malah ajakan sarapan tadi hanya lah sekadar untuk tahudimana dia berada.Namun dia tidak menyalahkan Syikin.Pasti Zhafran yang memintanya merahsiakan kedatangannya.

Zhafran duduk diatas batu besar bersebelahan dengan Ain.Matanya memandang wajah Ain.

“Ain jogging ke?”Soalan pertama yang keluar dari mulut Zhafran.
“Habis takkan pakai macam ni nak pergi night club kot.”Zhafran ketawa kecil mendengar jawpan Ain.Ain tetap Ain,keras kepalanya sukar dilentur.

“Manalah tahu kot dah berubah fesyen..”Ain menjeling seketika.
“Bila sampai?”Soalnya pada Zhafran.

“Malam tadi.Tengok rumah dah gelap,mak cik suruh tidur rumah dia.Kenapa tak call sampai semalam?”Soal Zhafran.

“Lupa.”
“Lupa?Macam tak logik je alasan tu.”Kali ini Ain memandang Zhafran.'Tak logik?'
“Suka hati Dr lah nak fikir logik ke tidak ke.”Malas dia mahu berbahas.
“Mana semua barang-barang Ain kat rumah?”Nada Zhafran bertukar serius.
“Saya nak tinggal balik dengan Nina.Kenapa?”Dia memberanikan diri bertentangan dengan Zhafran.

“Kenapa?Ain tanya kenapa?Saya yang sepatutnya tanya Ain kenapa nak tinggal dengan Nina.Nina tu siapa dan saya siapa?Dengan siapa Ain wajib tinggal?Mana tanggungjawab Ain?”Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Zhafran.

“Tanggungjawab?Kenapa tanggung jawab yang menjadi persoalan sekarang ni?Dr tak ingat apa yang Dr buat dua tiga hari lepas?Nasib baik saya masih simpan kunci rumah sewa.Itu Dr cakap tanggungjawab.Biarkan isteri sendiri duduk kat luar.Memang bertanggungjawab sungguh.” Zhafran mengeluh seketika.

“Saya minta maaf.Memang saya salah.Tapi Ain pun salah juga.Kenapa Ain balik lewat?Ain pergi mana?Kan saya dah bagi kebenaran kerja sampai pukul sebelas je.Tapi hari tu pukul berapa Ain balik?Dekat pukul tiga pagi.Ain tahu tak betapa risaunya saya bila Ain lewat balik.Macam-macam dalam fikiran saya.”

“Jadi Dr hukum saya dengan mengunci pintuMacam tu Dr kata risau?.”Sinis Ain.
“Saya buka lepas tu.Tapi Ain dah tak ada.”Jelas Zhafran.
“Habis tu takkan Dr nak suruh saya tidur kat koridor?Saya lewat balik,tapi saya bagitahu saya kat mana.Bukannya saya menipu.Pergi tempat lain tapi cakap ada kat tempat lain.”Sindir Ain.Zhafran terasa Ain menyindirnya.

“So,Ain dah tahu....”Ain hanya menjungkitkan bahunya.
“Ok saya salah.Memang malam tu Dania minta saya tolong dia sebab kereta dia rosak.Saya cuma tolong hantar dia balik je.tapi sebelum tu saya memang ada kelas perbincangan dengan student saya.Saya tak bagitahu Ain sebab saya tak nak Ain tersalah sangka.”Jelas Zhafran.

“Apa pulak nak salah sangka.Biarlah Dr nak buat apa sekalipun.Saya kisah apa.Dr nak berdating ke...dengan Dr dania ke,dengan si Irma ke...tak ada kena mengena dengan saya.”Zhafran memandang ke arah Ain.Wajahnya hanya biasa tanpa sebarang reaksi.Memang terlalu sukar untuk dia membuat tafsiran tentang Ain Nuraina.Malah amat sukar meneylami isi hati gadis ini.

“Tak ada kena mengena?Habis tu Ain siapa dengan saya?Ain tak cemburu?”Ain ketawa kecil memandang Zhafran.

“Cemburu?Tak ada sebab saya nak cemburu.”
“Sikitpun tak ada?”Ain merenung wajah Zhafran.Namun sesaat dua matanya memandang kearah lain.

“Tak!”Zhafran menarik nafas panjang. Susah memahami diri Ain Nuraina.Tapi dia tahu kata-kata Ain tadi bukan sahaja dalam perasaan marah,tapi sedikit cemburu.
“Saya nak balik.”Kasut sukan diambil dan dipakainya semula.Topi NIKE dipegang.Ain bangun menuju keatas.Langkahnya diikuti Zhafran.Keretanya diparkir dibawah sedikit.Dia cuba beriringan langkah dengan Ain.Namun langkah Ain masih laju.Remote kereta ditekan.Mahu tidak mahu terpaksa Ain menaiki kereta Zhafran. Keduanya hanya sepi saat kereta bergerak meninggalkan hutan lipur Ulu Chepor.Sampai di satu simpang memisahkan jalan besar dan kampung Ain,Ain meminta zHafran untuk berhenti.

“Saya lapar.Kita makan dulu.”Ain menunjukkan ke arah gerai yang kelihatna beberapa orang sedang menikmati minuman dan sarapan pagi.Zhafran mengekori langkah Ain menuju ke arah gerai yang hanya beratap zink.



No comments:

Post a Comment