PROMOSI



TERBARU

Monday, June 12, 2017

Assalamualaikum Duhai Habib



TAJUK: ASSALAMUALAIKUM DUHAI HABIB
HARGA: RM26
PENERBIT: TINTA CREATIVE

SINOPSIS:
IKMAL AZRI ABDUL RAZAK- Doktor gigi yang berpakej USTAZ. Selalu dipanggil berceramah di masjid, sekolah dan di majlis ilmu. Termasuklah menjadi pakar motivasi. Bila hatinya jatuh cinta, pening ibu dan ayah. Bukan USTAZAH, bukan si tudung labuh. Tapi, CIKGU PENDIDIKAN JASMANI yang kurang ciri-ciri kewanitaan menjadi pilihan. Pada dia, KAY ATHILIA tetap seorang wanita yang hebat.
Pandangan Kay? Dia seorang ustaz yang gatal.

Luka di hati yang Ikmal tinggalkan menjadikan dia bukan lagi Kay Athilia yang dulu. Apatah lagi bila dia dikecewakan untuk kedua kalinya oleh insan yang bernama lelaki. Baginya, tanpa cinta mereka, dia mampu hidup. Masih mampu bahagia.

Bila Ustaz cum doktor gigi dengan cikgu sebilik, kecoh jadinya. Bukan mudah mendidik seorang wanita yang berjawatan isteri untuk berjalan lurus. Tapi Ustaz Ikmal tetap berusaha. Bila hati dah jatuh cinta semuanya indah sahaja.

"Walau pun kasih saya pada Kay tidak sesempurna cinta saya pada Allah, tapi percayalah cuma Kay yang ada dalam hati saya."

"Maafkan saya Ustaz...cinta Ustaz belum cukup untuk bukakan pintu hati saya."
Saat cinta bersemi dalam hati, dua jiwa yang terluka akan bertaut jua.

REVIEW:

Assalamualaikum Duhai Habib oleh Sophilea Sophie dah ditemui kata tamat. 
Masa masih dalam suntingan puan penulis dan editor punyalah gelakkan den. Leh pulak editor dia kata "ai tengor Kay Artilia ni, ai nampak you Kay"

Ciskek korang... boleh jadi bahan gelak dalam tingkap biru. Dan bila dah baca edisi cetak. Hmmm terpacul terus perkataan "mengong" hahahaha aduiii puan penulis mengharu birukan pembacaan Kay Delaila yang dah terperasan sebagai heroin.

My tagline : kain batik. Blushing2 pipi.

Genre santai yang ringan dan kelakar memang My Cup Of Tea dalam memilih bacaan utk menyegarkan minda. Tahniah buat penulis dan team di belakang tabir. Kay pun Kay laaaa.... Doktor Ustaz yang sempoi. Bila ditanya nak apa..
Nak tahu jawapan mengong Doktor Uztaz bacalah ADH.

Tahniah buat penulis dan team ADH. Sempoi.

Nota kaki: rugi tak baca. Cerita berbeza dr gobok Sophilea.

* Novel ini tiada stok lagi buat masa ini.

1 comment:

  1. novel assalamualaikum habib nie tak de jual lagi ke?

    ReplyDelete